Kawasan tanah tinggi Cameron Highlands ini memiliki keindahan yang berbeza daripada kebanyakan destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia.
Udara yang segar dan tanah yang dilitupi kesegaran tumbuhan menghijau dengan pokok-pokok buah yang subur menjadikan perjalanan panjang untuk ke tanah tinggi ini terasa cukup berbaloi.
Untuk memudahkan anda membuat pilihan, admin akan menyenaraikan 3 homestay di Cameron Highland yang menarik dan selesa untuk menjadikan percutian anda di sini penuh dengan kesempurnaan.
Rata House
Dengan jarak hanya 15km dari Ladang Teh Boh, Rata House merupakan antara homestay yang selesa untuk anda dan keluarga.
Memang rasa tenang sangat bila ada di sini.
Apartment juga dihias dengan penuh bergaya dan citarasa modern kontemporari.
Apartment ini mempunyai 2 bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik mandi en suite.
Kedua-dua bilik juga mempunyai 1 katil bersaiz queen setiap satu.
Tidak perlu risau tentang penghawa dingin kerana tentunya cuaca di Cameron Highlands sudah pasti sejuk.
Equatorial Hill Resort
Fun Apartment di Equatorial Hill Resort terletak di Kea Farm, Brinchang.
Homestay jenis apartment ini terletak di tingkat yang tinggi, di kawasan Bukit, menjanjikan pemandangan yang cantik dan luarbiasa.
Memang tenang rasanya, sambil menghirup teh atau kopi panas.
Fun apartment ini dihias dengan cukup kemas dan cantik.
Mempunyai vibe retro American, terasa sangat homey dan selesa.
Zetter Suites
Ingin feeling-feeling seperti golongan aristokrat British?
Zetter Suites ini merupakan homestay jenis hotel apartment.
Tambahan pula, setiap unit dihias dengan konsep ala Victoria yang menjadikan suasananya tampak mewah.
Malah, lounge dan restoran yang ada di Zetter Suites ini juga dihias dengan penuh bergaya, sesuai dengan konsep Victorian mereka.
Setiap unit dilengkapi dengan TV berserta astro, ruang tamu dan ruang makan.