3 Tempat Pelancongan Di Melaka Bahagian 4

3 Tempat Pelancongan Di Melaka Bahagian 4

3 Tempat Pelancongan Di Melaka Bahagian 4 akan memberikan maklumat kepada anda untuk merancang percutian di negeri yang penuh bersejarah ini.

Pelbagai tempat menarik dan pelbagai aktiviti yang boleh dirancang bersama-sama keluarga mahupun kawan-kawan anda.

Air Terjun Asahan

Air Terjun Asahan

Air TerjunAsahan merupakan tempat yang sesuai untuk anda semua menyegarkan badan. Keadaan kawasan air terjun yang damai membuatkan anda akan hilang penat dan stress bekerja.

Air terjun ini terletak di Pekan Asahan, Melaka. Untuk maklumat anda semua, air terjun ini juga termasuk dalam kawasan pegunungan ledang.

Anda semua boleh menikmati kawasan air terjun yang amat bersih di sini. Hal ini kerana, tiada pembuangan sampah sarap secara merata-rata tempat di sini. Para pengunjung mengamalkan satu norma untuk memelihara kawasan Air Terjun Asahan ini.

Bagi anda yang risau akan masalah kos ke sini, anda tidak perlu risau kerana di sini semuanya percuma. Tiada tiket  masuk dikenakan. Anda juga boleh ‘parking’ kereta tanpa had masa.

Para pengunjung dinasihati supaya membawa bekalan makanan dan minuman sendiri. Disebabkan kawasan air terjun ini agak terpencil maka agak sukar untuk mencari kedua-dua bekalan tersebut jika lapar. Anda semua boleh mengamalkan konsep berkelah atau ‘potluck’.

Asahan Water Theme Park

Air Terjun Asahan

Terdapat sebuah taman tema air bersebelahan dengan Air Terjun Asahan. Taman tema ini lebih sesuai untuk kanak-kanak kecil berbanding kawasan air terjun yang bersifat lebih terbuka.

Asahan Water Theme Park juga dikenali sebagai Laman Tiga Budaya Taman Tema Air. Nama yang unik ini disebakan oleh kawasan taman tema air ini sangat unik. Ia terletak diantara sempadan tiga kawasan negeri iaitu Negeri Melaka , Negeri Johor dan Negeri Sembilan.

Air Terjun Asahan

Taman tema air ini sesuai dijadikan sebagai pusat rekreasi kerana ianya masih mengekalkan keaslian alam di sekelilingnya.

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik yang disediakan antaranya aktiviti jungle tracking, ATV, kayak dan sebagainya dengan suasana yang sangat nyaman dikelilingi dengan kehijauan dan dilatari dengan pemndangan Gunung Ledang.

Masjid Cina

Masjid Cina

Masjid Cina ini merupakan salah sebuah masjid di Malaysia yang mempunyai ciri seni bina Cina. Antara negeri lain yang terdapat ciri seni bina Cina pada masjid mereka ialah di Negeri Perak dan negeri Kelantan.

Persatuan Cina Islam Melaka (Pertim) merupakan tulang belakang kepada pembinaan majid di Krubong, Melaka ini. Pembinaan majid seluas 2.8 hektar ini telah menelan belanja sebanyak RM 7.5 juta.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada waktu itu merupakan Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan bajet untuk pembinaan masjid ini. Kerajaan persekutuan telah meluluskan bajet sebanyak RM 5.9 juta. Kos yang selebihnya telah disediakan oleh Pertim dan sumbangan orang ramai.

Masjid Cina

Majid yang siap dibina pada tahun 2014 ini mampu memuatkan jemaah seramai 2,000 orang dalam satu-satu masa. Kemudahan lain juga disediakan seperti perpustakaan, tandas, dewan serbaguna, bilik mesyuarat dan pejabat pentadbiran.

Nama sebenar bagi Masjid Cina ini ialah Masjid Al Muttaqin. Antara keunikan masjid ini selain dari seni binanya ialah terdapat ruang yang khas di mana diletakkan pelbagai kelengkapan dapur untuk disedekahkan kepada orang yang kurang berkemampuan.

Khutbah Jumaat di masjid ini juga tidak disampaikan menggunakan Bahasa Melayu tetapi ianya disampaikan di dalam Bahasa Mandarin.

Baca juga;

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *