3 Trivia Menarik Kisah Hang Tuah!

“Kisah Hang Tuah cukup menarik dan bukan seperti kebanyakan mitos yang berlegar hari ini. Yang pastinya, Hang Tuah berketurunan Melayu serta berasal dari Bentan di Kepulauan Riau dan bukan berketurunan Cina seperti dakwaan sesetengah pihak.” – Prof (Adj) Datuk Dr Mohd. Jamil Mukmin, dipetik dari Sinar Harian

 

1. Hang Tuah dah jadi pendekar masa umur 10 tahun

 

(Untuk bahagian ini, kami merujuk Hikayat Hang Tuah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka) Kami yakin korang dah tahu yang Hang Tuah ada empat sahabat; Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir. Diorang berlima ni memang bestfriend, siap dah mengaku bersaudara. Masa umur 10 tahun, Tuah dapat idea nak pergi merantau menggunakan kapal layar ayahnya. Kelima-lima sahabat ni pun sepakat nak belayar.

Selepas mendapat restu ibu bapa masing-masing, diorang pun berlayar. Semasa diorang tengah belayar, tiba-tiba ada tiga kapal besar musuh datang nak serang diorang. Kalau kita kat tempat diorang, mesti kita dah takut sampai terkencing. Tapi lima bersaudara ni okay je nak lawan musuh tu. Hang Tuah cadangkan untuk berlawan di pulau kecil memandangkan tiga kapal musuh agak besar.

 

Musuh tu pun fikir budak-budak ni dah lari. Apabila musuh-musuh ni mendarat dekat pulau, selamber je budak berlima ni munculkan diri. Apa lagi, musuh-musuh tu pun berlari nak dapatkan diorang. Ketika musuh cuba menangkap diorang, lima sekawan tu pun serang habis-habisan sehingga musuh diorang cedera parah.

Seorang musuh tu kata; “Hai budak-budak, baik engkau menyembah menyerahkan dirimu supaya engkau tidak ku bunuh!” – Hikayat Hang Tuah, muka surat 21.

Lima sahabat ni pun tak nak menyerah, dan terus serbu lebih 20 orang musuh dengan keris. Sepuluh musuh berjaya dibunuh oleh lima sahabat ni. Selepas tengok 10 kawan diorang dibunuh dengan mudah oleh 5 orang budak, selebihnya pun terus lari dan berlayar semula. Kalau kita kat tempat diorang pun, mungkin kita akan lari. Member mati depan mata kot.

 

2. Hang Tuah kalahkan pengamuk kebal dan dapatkan Keris Taming Sari

 

(Untuk bahagian ni kami rujuk buku yang bertajuk Sejarah Kesusastraan Melayu Klasik tulisan mendiang Dr. Liaw Yock Fang.) Utusan dari Melaka dihantar ke Jawa untuk meminang puteri Majapahit. Pinangan tu diterima tapi dengan syarat; Sultan Melaka kena datang sendiri ke Jawa untuk ambil bakal isterinya.

Kalau kita fikir-fikirkan, sweet jugak Batara Majapahit masa tu. Siap minta Sultan Melaka jemput anaknya dari Jawa.

Batara Majapahit bukan saja-saja je jemput Sultan Melaka datang ke Jawa, sebenarnya dia ada niat nak uji sejauh mana kehebatan pahlawan Melaka. Bak kata budak zaman sekarang nak test power gitu. Kalau dalam filem Hang Tuah, kita dapat tahu Tuah diberi Keris Taming Sari lepas menang lawan pahlawan Majapahit. Kalau ikut Dr. Liaw Yock, sebenarnya Tuah dapat keris tu lepas lawan pengamuk kebal yang bernama Taming Sari.

Melalui tipu daya, Tuah berjaya dapatkan keris Taming Sari dan akhirnya membunuh pengamuk kebal tu. Lepas bunuh Taming Sari, Tuah dikurniakan gelaran laksamana daripada Batara Majapahit. Agaknya Batara Majapahit sedar yang hulu balang Melaka ni power.

 

3. Jebat nak balas dendam atas kematian Tuah

 

Sultan masa tu memang sayang gila-gila dengan Hang Tuah sebab banyak berjasa, ini menyebabkan pembesar Melaka yang lain cemburu. Diorang pun adakan mesyuarat untuk fitnah Hang Tuah. Diorang fitnah Hang Tuah melakukan hubungan dengan perempuan di dalam istana Melaka.

Kata Pateh Kerma Wijaya kepada Sultan Melaka; “Ya tuanku, tadi malam patik sekalian berkawal di bawah istana, maka kami bertemu seorang perempuan dan laksamana di dalam istana. Maka patik ingin membunuh, takut beroleh salah di mata tuanku. Tuanku amat percaya pada dia, lagi-lagi dia penghulu kepada patik semua.”– Hikayat Hang Tuah, muka surat 287

 

Apa lagi, Sultan Melaka masa tu punyalah marah akan Hang Tuah. Baginda terus titahkan bendahara untuk membunuh Tuah. Beberapa kali juga bendahara pujuk sultan, tapi Sultan Melaka tetap nak Tuah dibunuh. Bendahara pun ambil keputusan untuk sembunyikan Hang Tuah sebab yakin sultan masa tu dah buat kesilapan.

Sebenarnya Hang Tuah dihantar ke satu tempat yang jauhnya 7 hari 7 malam dari Melaka. Dia diminta untuk berjumpa dengan Sheikh Mansur, seorang petapa yang terkenal. Ketika Hang Tuah takda, Hang Jebatlah yang ditugaskan untuk menggantikan Tuah.

 

Diedit dan diolah dari: SUMBER

#TMK

#Sejarah

 

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *