Melaka, 1 April – Tindakan pantas yang diambil oleh YB Mas Ermieyati Samsudin dalam isu yang berkaitan dengan longkang kotor di hadapan Family Store Masjid Tanah sangat di puji dan menjadi kebanggan rakyat Melaka.
.
Beliau pada ketika itu sedang berada di dalam parlimen mendapat mesej terus berhubung dengan Pihak YDP MPAG dan juga JD JKR Alor Gajah kerana difahamkan sudah berlaku pertukaran tanggungjawab dan skop kerja.
.
Hasil usaha murni beliau itu dalam menyelesaikan isu tersebut membuahkan hasil kerana laporan yang telah dibuat telah pun diambil tindakan segera dan ianya dalam proses pembersihan.
.
Harapannya kepada semua rakyat agar kebersihan itu tidaklah bersifat sementara saja. Sememangnya kebersihan itu amat penting untuk Kawasan, negeri dan negara kita. Tugas kebersihan pula adalah tanggungjawab bersama dan perlu dilakukan secara berkala serta konsisten agar tidak ada yang tuding jari antara satu sama lain.
.
Sambung beliau lagi, sikap orang ramai juga amat penting agar tidak membuang sampah merata-rata. Walaupun ada yang akan membersihkan, tetapi sikap sambal lewa yang terus menerus membuang sampah sesuka hati akan menyebabkan keadaan sekeliling nampak kotor dan tercemar.
.
Meskipun diletakkan tukang bersih dan tukang cuci untuk 24 jam pun, jika tiada kerjasama daripada semua pihak, keadaan akan tetap sama dan kotor.
.
Semoga usaha murni ini berterusan dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu menjaga kebersihan dalam Kawasan Masjid Tanah.