Kalau sebut roti canai semua orang tahu.
Melayu, Cina, India semua kenal roti canai.
Lagi-lagi ni memang makanan feveret all the time.
Asal lepak mamak, paling kurang makan roti canai. Haha.
Kalau pergi kedai mamak, macam-macam roti ada.
Roti telur, roti sardin, roti tisu dan roti lain-lain.
Sebut je, mamak boleh buat punya.
Tapi ada satu roti ni, mamak tak buat lagi beb!
Haa..
Roti ni special, kat Melaka je ada.
Mamak tak sempat nak tiru lagi haha.
Memperkenalkan…
Roti Canai Burrito a.k.a Roti Canai Merecik Special!
Image via @fitri_yanaaa (Instagram)
Okay apa yang special dengan Roti Canai Burrito ni?
Sebenarnya, inti roti canai ni macam inti murtabak.
Cuma sebab ape dia dipanggil dengan nama tu, sebab digulung macam burrito.
Lepas yang lagi best, kuah banjir. Memang terangkat beb!
Image via @ard.dovinia (Instagram)
Nak lagi padu?
Boleh order yang macam kat gambar atas ni.
Roti Canai Cheese Merecik.
Korang akan dapat cheese sebagai topping roti canai burrito ni.
Kombinasi cheese dan roti canai ni memang menjadi.
Makan sekali sure nak repeat lagi.
Silap-silap korang siap order 2 pinggan lagi haha.
Waktu Buka dan Tutup: 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kedai tutup hari Selasa. Pastikan korang tak datang hari Selasa ok.
Lokasi Kedai: Sebelah Klinik Kesihatan Tengkera, Taman Kesidang Seksyen 1. Klik untuk Google Maps
Roti Canai Kayu Arang
Kalau nak try sarapan pagi dekat Melaka.
Korang wajib ke sini.
Roti Canai Kayu Arang.
Dengar nama kedai pun korang dah tahu kan.
Ini la yang special pasal kedai ni.
Roti canai dia masak dengan arang.
Tapi kami nak warning siap-siap.
Jangan datang lambat ke kedai ni kalau malas nak beratur.
Sekali orang dah ramai.
Pergh, letih beb nak beratur. Haha.
Waktu Buka dan Tutup: 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari setiap hari. Tak de hari tutup.
Lokasi Kedai: 459, Kampung Bakar Batu, Bachang. Klik untuk Google Maps
3. Roti Dholl Cheese Istimewa
Kalau anda ke Melaka, wajib singgah ke Akie Roti Canai!
Ini antara tempat wajib singgah untuk breakfast dan makan roti canai.
Kedai ni mula beroperasi sejak 8 tahun lepas.
Menu paling popular kat sini adalah roti dholl cheese istimewa!
Mesti korang tertanya-tanya ape pulak isi roti dholl ni kan?
Okay isinya adalah:
- cheese sekeping
- telur mata leleh
- kuah dhal
- sambal
- serbuk lada sebagai penambah perasa
Memang padu beb inti-inti dia. Mesti terangkat punya kalau makan!
Buat korang yang memang gila kambing, ada satu menu special untuk korang!
Roti Dholl Cheese Kambing ni wajib korang cuba.
Kalau yang biasa pakai dhal, yang ni pakai kari kambing + isi kambing.
Memang boleh mengembek kalau lepas makan haha.
Okay sekarang ni mesti korang tertanya-tanya pasal harga kan?
Harga untuk sekeping roti dholl cheese cuma RM3.50.
Sangat berbaloi-baloi untuk makanan yang sedap kan?
Okay kalau yang ada kambing tu, akan mahal sikit.
Biasalah, guna kambing kan. Mesti mahal sikit.
Harga pun beza RM5 je.
Roti Dholl Cheese Kambing harganya RM8.50
Takpe bayar lebih, tapi puas hati beb!
Korang jangan datang kedai ni hari Isnin.
Kedai ni tutup setiap hari Isnin.
Kedai akan dibuka dari 7.30 pagi hingga 12 tengah hari je.
Sebab dia memang fokus jual roti canai je.
Tengah hari orang tak makan dah roti canai hehe.
Lokasi Kedai: Akie Roti Canai @ Medan Selera Bukit Beruang Kampung Bukit Beruang, Melaka. Klik untuk Google Maps
#TMK #TMKEat
All Right Reserved by The Melaka Kini | Copyright @ 2019