Hari-hari kita semua bekerja.
Nak hadap jam lagi.
Mesti penat kan?
Jom admin kongsikan dengan koran 3 pantai cantik yang korang semua boleh lawat di Negeri Johor.
Pantai Stulang
Antara salah satu pantai yang terletak di bandaraya Johor Bahru, pantai ini menjadi tumpuan penduduk sekitar atas beberapa faktor.
Antaranya ialah lokasinya yang berdekatan dengan Zon Bebas Cukai memudahkan pengunjung bersiar-siar setelah selesai membeli belah.
Selain itu, terdapat Medan Selera Stulang yang meyediakan makanan laut yang sedap dan lazat.
Siapa peminat seafood, memang ini tempat untuk korang.
Pada waktu malam untuk menjamah hidangan seafood sambil melihat cahaya lampu yang datang dari Singapura sambil dibelai angin laut.
Pantai Teluk Buih
Terletak lebih kurang 12 km dari bandar Mersing, pantai ini juga bersebelahan dengan Pantai Air Papan, iaitu pantai yang menjadi tumpuan aktiviti perkhelahan.
Pantai ini juga terlindung dengan Bukit Selantai yang menyebabkan ia agak redup dan tenang.
Disamping panorama indah gugusan pulau yang bertentangan dengan pantai ini.
Kaki pancing amat mengemari pantai ini kerana terdapat banyak ikan sembilang, ikan kerapu, ikan pari dan ikan kurau yang berjaya dinaikkan.
Destinasi makan juga tidak kurangnya.
Terdapat beberapa restoran di pantai ini yang menyajikan makanan laut segar untuk anda nikmati.