Pemandu teksi didakwa merogol anak kandung sendiri..

Ayer Keroh, 17 Mac – Seorang pemandu teksi didakwa di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya yang kini berusia 14 tahun. 6 tuduhan yang dilemparkan terhadap pemandu teksi tersebut di dakwa telah melakukan perkara tersebut sejak 8 tahun lalu.

Pemandu teksi tersebut yang berusia 52 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang telah dilemparkan terhadapnya itu. Semua tuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017, amang seksual telah dilakukan oleh tertuduh sebanyak empat kali sejak anaknya itu berumur enam tahun. Ini juga berdasarkan kepada empat pertuduhan yang telah dilemparkan terhadapnya.

Selain itu, mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan , tertuduh juga berdepan dengan dua pertuduhan kerana merogol anak kandungnya itu sebanyak dua kali ketika berumur 11 tahun dan yang paling terbaru pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Didapati semua kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Taman Semabok Jaya, Melaka sejak November 2011 hingga Februari 2019.Tertuduh juga yang tidak diwakili peguam hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding dijalankan.

Walaubagaimanapun, tertuduh akan berdepan dengan hukuman penjara hingga 30 tahun serta sekurang-kurangnya 10 sebatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. Bagi kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 pula, tertuduh boleh dipenjara hingga 20 tahun serta sebatan.

Seterusnya, Timbalan Pendakwa Raya iaitu Hayatul Wirdah Mohd Yunos yang mengendalikan prosiding mencadangkan kepada mahkamah untuk tidak menawarkan sebarang jaminan. Hal ini kerana usia mangsa yang masih kecil dan mangsa juga tinggal di rumah tertuduh dan yang lebih membimbangkan jika tertuduh akan mengganggu mangsa serta saksi.

“Bagaimanapun jika mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan jaminan, saya cadangkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan,” katanya.

Sebarang jaminan tidak dibenarkan atas perintah Elesabet terhadap mahkamah dan tanggal 18 April 2019 telah ditetapkan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber : Melakakini.my

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *