Rumah Fasa Pertama untuk Belia Melaka bakal bermula..

Melaka, 18 Mac – Skim Rumah Belia Melaka (“RBM”) telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri Melaka khususnya bertujuan untuk membantu golongan belia negeri Melaka untuk mendapatkan rumah. Skim ini juga membantu mereka yang tidak mampu untuk mendapatkan rumah untuk memliki sepenuhnya rumah pertama mereka.

Sumber daripada Roketkini.com, Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee berkata kerajaan negeri Melaka sangat komited untuk membantu golongan belia dalam mendapatkan rumah pertama mereka.

Bagi memenuhi salah satu janji manifesto Pakatan Harapan, skim perumahan khas ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka di bawah portfolio EXCO Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan dengan kerjasama Lembaga Perumahan Melaka. Skim ini juga merupakan yang pertama di Malaysia dan belum dilaksanakan oleh mana-mana negeri yang lain.

Inisiatif Skim Rumah Belia Melaka (RMB) ini akan bermula pada 22 Mac ini diyakini dapat membantu golongan belia yang sukar untuk membeli rumah. Menurut Kerk juga, belia yang layak dan Berjaya mendapat kelulusan boleh menikmati subsidi pembelian rumah sebanyak 10% daripada harga pasaran. Subsidi tersebut serta bayaran guaman dan duti setem akan dibiayai oleh pihak pemaju.

Dalam fasa pertama pada 22 Mac ini, sebanyak 104 unit rumah yang berharga RM180,000 (harga pasaran sebelum subsidi) dibuka untuk permohonan

Borang permohonan berkenaan boleh diperolehi daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Lembaga Perumahan Melaka dan pihak pemaju.

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi para pemohon termasuk:
1) Berusia 18 sehingga 35 tahun;
2) mempunyai pendapatan isi rumah bulanan RM8,000 ke bawah; dan
3) merupakan warga Melaka atau pemastautin tetap selama lima (5) tahun ke atas di negeri Melaka.

Dengan adanya Skim RBM ini, ia dapat membantu golongan belia dalam pembelian rumah dan pada masa yang sama, tidak akan mengakibatkan lonjakan harga rumah atau membawa kesan negatif yang lain terhadap pasaran perumahan negeri secara umumnya.

Untuk maklumat lanjut, golongan belia boleh merujuk kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka atau Lembaga Perumahan Melaka.

Kenyataan Media Kerk Chee Yee – EXCO Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Keroh pada 14 Mac 2019

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *