” Sultan Melaka tidak Bersalah “

MELAKA – Seorang ahli perniagaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini daripada empat pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’ pada lima tahun lepas.

.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan terhadap Noor Jan Tuah, 60, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

.

Noor Jan didakwa menipu empat lelaki berusia 37 hingga 68 tahun dengan jalan samaran supaya mempercayai dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’ apabila membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai ‘Sultan Melaka’.

.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama iaitu di A’ Famosa Resort dekat sini, kira-kira pukul 10 malam pada 28 Disember 2013.

.

Noor Jan didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan. – Bernama

.

Sumber – Kosmo

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *