Tua-tua masih bernafsu

BANDAR HILIR 14 Feb. – Seorang lelaki dipercayai anggota badan beruniform dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika memadu asmara di bilik hotel di Taman Melaka Raya, awal pagi tadi.

Lelaki berusia 44 tahun itu dicekup bersama pasangannya berusia 50 tahun di tingkat satu hotel terbabit, ketika JAIM melakukan Operasi Hari Kekasih.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 1.15 pagi, lelaki yang beralamat di kuarters anggota beruniform di Sepang, Selangor itu, segera menyatakan dia dan pasangannya bakal berkahwin tidak lama lagi.

“Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit berasal dari Johor manakala wanita pula berasal dari Kelantan.

“Namun, lelaki yang juga mualaf sejak 2011 itu dipercayai berkerja di Sepang manakala teman wanitanya berkerja di Johor Bahru,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas operasi selama lima jam membabitkan 15 penguatkuasa jabatan itu yang berakhir jam 4 pagi tadi.

Mengulas lanjut, pasangan itu kemudiannya dibawa pulang ke pejabat JAIM untuk soal siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana berkurung mendatangkan syak.

Terdahulu, sebelum dibawa ke pejabat JAIM, lelaki terbabit meminta dirinya untuk dihantar ke keretanya untuk menyimpan pakaian.

Menariknya, lelaki terbabit bagai sudah merancang untuk mengelak perbuatan sumbang itu daripada dihidu kenalan, apabila meletakkan keretanya di jambatan Pulau Melaka, iaitu sejauh kira-kira 2.5 kilometer dari hotel.

Selain tangkapan itu, Rahimin berkata, sepasang remaja dikenakan saman hadir ke pejabat JAIM mengikut Seksyen 71 enakmen sama kerana berkelakuan tidak sopan ketika tinjauan dilakukan di Dataran Pahlawan, di sini.

Operasi bermula jam 11 malam itu membabitkan tinjauan di lokasi tumpuan pelancong sekitar bandaraya Melaka, hotel-hotel bajet dan lokasi gelap di tepi pantai.

Sumber – Melakakini.my

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *