Jika pergi ke Pulaun Pinang, Bukit Bendera merupakan tempat yang wajib untuk anda semua lawati.
Munking ada yang masih tertanya-tanya mengenai apa aktiviti di bukit ini.
Anda semua kena mendaki hingga ke puncaknya ke?
Jawapannya, tidak.
Mari admin kongsikan 4 aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini.
Naik Keretapi Untuk Ke Puncak
Nak ke puncak Bukit Bendera ada beberapa alternatif yang boleh pelancong gunakan samaada menggunakan keretapi.
Atau mendaki melalui denai yang disediakan atau melalui jalan lasak menggunakan jeep.
Menaiki keretapi hanya memakan masa sekitar 7-10 minit sahaja dan laluannya yang sangat curam memang agak mendebarkan.
Keretapi kerana ianya mudah, cepat, tak penat, ada aircond dan lebih selesa.
Rata-rata pelancong yang bercuti ke Bukit Bendera lebih menggemari menggunakan keretapi.
Observation Area
Dari viewing deck menuju ke Dataran Bukit Bendera anda akan berjumpa dengan sebaris 10 biji teropong-teropong.
Kesemua teropong di situ bewarna-warni yang akan memukau anak-anak anda.
Aktiviti di sini akan diikuti oleh jurugambar profesional yang akan mengambil gambar anda dengan cantik dan menarik.
Ya ada bayaran dikenakan untuk sesi-sesi di sini.
Jangan lupa singgah di Little Village Penang Hill untuk bergambar di mercu hati berlampu LED dan melawat beberapa taman-taman bunga.
Owl Museum & Clift Cafe
Tiket masuk ke muzium ini hanya RM 10 seorang.
Di aras paling bawah terdapat Owl Museum atau muzium burung hantu.
Muzium ini menempatkan pelbagai hasil seni dan arca yang bertemakan burung hantu.
Banyak juga pilihan makanan-makanan santai yang menarik di sini dan tandas serta tempat mandi juga tersedia.