3 Cafe Menarik Di Kuala Lumpur

Korang kalau pergi ke Kuala Lumpur, biasanya korang akan makan dekat kedia biasa-biasa je ke?

Mungkin sebab penat berjalan, korang tak larat nak cari kedai makan yang rare di ibu kota negara kita ini.

Hari ini admin nak kongsikan dengan korang semua, 3 cafe yang menarik di Kuala Lumpur.

28 Fireplace

Dengan pilihan perabot dan hiasan seolah-olah rumah sendiri, suasananya cukup aman, selesa dan terasa familiar.

Makanan dan minuman yang mereka sediakan cukup lengkap.

28 Fireplace Menu, Menu for 28 Fireplace, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Menu yang mereka bawakan termasuk all-day breakfast atau sarapan pagi yang boleh dipesan sepanjang hari, sandwich, pasta dan dessert.

Minuman yang mereka tawarkan juga sangat banyak tetapi pilihan kopi yang mereka sediakan memang menjadi tarikan.

Kopi mereka diperbuat dari biji kopi Australia dipanggang yang menjanjikan rasa yang robust dan lemak.

Untuk mendapatkan kopi dan makanan yang memang sedap-sedap belaka, di sini lah anda perlu cuba.

Alamatnya di 28, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur.

Feeka Coffe Roasters

Kafe kecil di sekitar Bukit Bintang ini antara kafe pioneer dalam bidang kafe.

FEEKA Coffee Roasters menyediakan kopi yang sedap, sarapan pagi yang lengkap, dan dessert homemade yang menarik.

Mereka bukan sahaja menyediakan kopi yang sedap seperti Hazelnut Twist.

Malahan, beraneka pastri juga disediakan si sini.

Menu of Feeka Coffee Roasters, Bukit Bintang — FoodAdvisor

Pastri-pastri di sini dibakar segar setiap hari dan sesuai sekali dinikmati dengan secawan kopi.

Alamatnya di 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur.

Soul Sacrifice

Soul Sacrifice direka dengan konsep rustic industrial yang memberikan ia suasana yang charming dan santai.

Ia berjaya mengumpul kumpulan pelanggan tetap yang ramai.

Mereka kembali kerana ingin menikmati makanan fusion yang enak dengan suasana yang chill.

Hidden gem in Kuala Lumpur - Picture of Soul Sacrifice Cafe, Kuala Lumpur -  Tripadvisor

Gandingan masakan antarabangsa dengan masakan lokal, memberikan ia suatu kelainan buat pelanggan yang berkunjung ke sini.

Mereka terkenal dengan menu masakan fusion mereka seperti salad Falafel, Nasi Siakap Miso, dan Meatball Sub.

Alamatnya di 38, Jalan 4/76c, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur.

Baca juga: Aplikasi YAKIN.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *