Siapa yang mungkin tengah rancang nak pergi honeymoon di Langkawi?
3 homestay ni memang pilihan yang tepat untuk korang pilih.
Alamanda Villas Langkawi
Sebuah pusat penginapan yang berkonsep villa-villa tradisional Melayu.
Alamanda Villas menggabungkan feel dan vibe zaman dahulu kala dengan suasana mewah dan modern.
Terletak di kawasan bukit, anda diajak untuk menikmati suasana alam semulajadi yang tenang dan damai.
Terdapat 5 villa di sini iaitu Hilltop Villa, Minang Villa, Tropical Wooden Villa, Markisa Villa dan Garden Villa.
Setiap satu menawarkan pemandangan dan muatan yang berbeza.
Alamanda Villas ini juga dilengkapi dengan kolam renang berkongsi yang boleh anda dan keluarga nikmati bersama.
Sabandy Guesthouse
Sabandy Guesthouse menyediakan pelbagai kemudahan dan tarikan disediakan di sini untuk memastikan anda dan keluarga atau rakan-rakan cukup selesa dan mendapat percutian yang seronok.
Sabandy Guesthouse terletak di Matsirat.
Antara kemudahan yang kami maksudkan termasuk hidangan sarapan kontinental yang disediakan bersama tempahan bilik.
Dari segi bilik pula, anda boleh memilih dari beberapa unit yang mereka sediakan.
Bilik jenis Twin, anda akan menerima sebuah bilik yang lengkap dengan 2 katil bersaiz queen dan boleh memuatkan sehingga 4-5 pax dengan selesa.
Bilik jenis Double pula mempunyai hanya 1 katil Queen.
Maneh Villa Langkawi
Homestay jenis villa ini bukan sahaja didatangkan dengan kolam renang persendirian, ia juga terhias indah bak hotel-hotel mewah.
Anda boleh memilih antara villa jenis sebilik, dua bilik atau 3 bilik.
Tentulah villa 3 bilik akan memberikan ruang lebih besar, kemudahan yang lebih dan lebih sesuai untuk keluarga besar.
Di villa ini, ruang tamunya lengkap dengan Tv dan pintu kacanya boleh dibuka luas menghadap kolam renang.
Pantai Cenang yang berhampiran juga boleh dikunjungi dengan mudah selain dari pusat-pusat tarikan lain seperti Underwater World Langkwi.