Nasi kandar merupakan makanan yang terkenal di bahagian utara Malaysia.
Namun pada hari ini, nasi kandar sudah mula dikenali di seluruh pelusuk Malaysia.
Nasi kandar ini mempunyai resepi kuah karinya yang tersendiri.
Walaupun kari berasal dari makanan kaum India, tetapi ianya sudah sebati dengan jiwa rakyat Malaysia.
Hari ini, admin ingin berkongsi dengan anda semua terutamanya orang Melaka mengenai 3 port nasi kandar yang sedap di Pulau Pinang.
Deens Maju Nasi Kandar
Restoran pertama dalam senari ini terletak di George Town.
Bagi penduduk setempat, mereka tidak hairan jika restoran ini sentiasa penuh.
Walaupun pada hari berkerja.
Juika hari cuti, kedai ini akan jadi 2 hingga 3 kali ganda daripada biasa.
Deens maju dibuka pada setiap hari.
Dibuka dari jam 2 petang hingga 10 malam.
Original Penang Kayu Nasi Kandar
Untuk yang bakal cuba makan di sini, anda disarankan untuk mencuba kuah mereka.
Apabila kita makan nasi kandar, istilah kuah banjir jangan dilupakan.
Anda akan mendapat nikmat apabila merasai kuah banjir di Restoran Original Penang ini.
Jika bosan tidak mahu makan nasi kandar.
Anda juga boleh mencuba menu terkenal mereka, iaitu Roti Tiga Rasa.
Berbeza dengan Deens Maju, restoran ini buka untuk 24 jam.
Restoran Hameediyah
Restoran nasi kandar yang satu ini merupakan salah satu restoran nasi kandar yang paling lama telah beroperasi.
Mana tidaknya, Restoran Hameediyah ini telah beroperasi sejak dari tahun 1907 lagi.
Sudah 115 tahun restoran ini beroperasi!
Restoran ini juga terkenal dengan sajian nasi beryani mereka.
Antara menu lain yang wajib anda cuba adalah ayam madu, rendang ayam dan juga ayam tandoori.
Baca juga: Bercuti di pulau.