3 Port Terbaik Untuk Dilawati Di Port Dickson

Ramai yang tak tahu Port Dickson mempunyai banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati.

Memang Port Dickson terkenal dengan pantainya.

Tetapi di sini masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

Aurora Park Port Dickson

Aurora Park di Batu 9 merupakan antara tarikan yang baru dibuka di Port Dickson.

Aurora Park merupakan sebuah taman hiburan yang menarik buat anda seisi keluarga.

Taman haiwan di sini boleh dikunjungi pada waktu siang dan malam.

Taman Lampu LED pula hanya bermula pada waktu malam.

Aurora Park Port Dickson | Aktiviti Menarik Buat Seisi Keluarga Waktu Siang & Malam

Ada haiwan ternakan seperti arnab, kambing, kura-kura dan juga kuda.

Mini zoo ini juga merumahkan pelbagai jenis burung seperti burung unta, burung merak, burung kakak tua, ayam dan itik.

Pulau Burung

Dah puas menikmati pemandangan dari Pantai Cahaya Negeri.

Anda boleh merentasi lautan dengan menggunakan jambatan berkepanjangan sekitar 182 meter yang disediakan untuk ke Pulau Burung.

Tapi, ketika waktu air surut, anda boleh sahaja berjalan kaki ke sini tanpa menaiki jambatan.

Jalan-Jalan: Pulau Burung Port Dickson

Pulau ini sebenarnya dikategorikan sebagai hutan paya laut dengan beberapa jenis tumbuhan seperti pokok bakau kurap, bakau minyak dan api-api putih.

Selain dapat melihat kepelbagaian flora yang ditawarkan di sini, anda juga boleh melontarkan joran dan memancing di perairan sekitarnya.

Kompleks Baitul Hilal

Pada mulanya ia didirikan sebagai tempat penyelidikan astronomi.

Kemudian dibuka kepada orang awam dengan tujuan mempromosi edu tourism di Port Dickson.

About Us – TELOK KEMANG OBSERVATORY

Kompleks Baitul hilal merupakan balai cerap yang terletak bersebelahan dengan resort popular bernama Klana Beach Resort.

Masuk adalah percuma buat tetamu hotel dan bayaran yang murah dikenakan kepada pelawat lain.

Tempat ini menampilkan pameran artifak yang digunakan pengkaji ilmu falak dari zaman dahulu hingga ke zaman moden.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *