Siapa kat sini yang suka dengan haiwan?
Pasti rata-rata suka dengan haiwan kan.
Paling tidak kalau tidak suka, pasti ada perasaan untuk melihat bagaimana habitat semula jadi haiwan yang ada di negara kita ini.
Hari ini admin nak kongsikan 3 taman haiwan yang terdapat di Johor.
Ladang Burung Unta
Pengunjung akan dapat menikmati layanan istimewa dan melawat seluruh ladang ini.
Walaupun namanya ladang, anda tetap akan merasai pengalaman seperti berada di habitat semula jadi burung unta.
Terletak di Teluk Ramunia, ladang burung unta ini merupakan rumah kepada lebih 100 ekor burung unta.
Pengalaman menunggang burung unta menjadi aktivit wajib bila bertandang ke sini.
Pengunjung dapat menunggang burung unta dengan membuat bayaran tambahan.
Harga tikat di sini adalah berbeza untuk dewasa dan juga kanak-kanak.
Taman Buaya
Menariknya taman buaya di Teluk Sengat ini dikatakan mempunyai buaya yang berusia lebih 100 tahun.
Anda juga boleh memegang sendiri anak buaya yang tidak berbahaya.
Di samping itu, terdapat juga pertunjukan buaya di sini di mana penjaga buaya akan memberi makanan kepada buaya-buaya di dalam sangkar dengan jarak yang dekat.
Dibuka sejak 1979, taman buaya kini menempatkan lebih 1000 ekor buaya.
Hanya serendah RM 4 sahaja, anda sudah boleh memasuki taman ini.
UK Agro Resort
Berkeluasan lebih kurang 100 ekar, ladang ini mengandungi lebih 4000 ekor kambing dan biri-biri di samping terdapat haiwan lain seperti rusa dan burung unta.
Resort ini menyediakan bermacam-macam pakej pelancongan pada harga yang berpatutan.
Pelbagai aktiviti disediakan di dalam pakej-pakej ini antaranya ialah lawatan ke ladang kambing dan biri-biri menaiki kereta kuda, lawatan ke ladang rusa, dan lawatan ke kilang pemprosesan bulu biri-biri.
Pelbagai kemudahan disediakan di resort ini seperti chalet, dorm, restoran, dan bilik persidangan.
Baca Juga: Ain cemerlang SPM.