Hari ni admin akan kongsikan dengan anda semua 3 taman indoor yang best.
Taman-taman ini sangat sesuai bagi anda semua yang ingin bawa anak-anak untuk berjalan.
Kidzania Kuala Lumpur
Di sini, anak-anak anda boleh pilih beberapa jenis kerjaya dan rasai pengalaman menjadi seorang doktor, penulis ruang surat khabar, bomba dan banyak lagi!
Anak-anak anda dapat bersedia untuk dunia sebenar dengan menjadi berdikari, bertanggungjawab dan yakin dalam setiap kerjaya dalam suasana yang menyeronokkan ini.
Anak-anak anda juga akan dapat bayaran dan boleh membelanjakannya untuk perkhidmatan atau membeli-belah di sini!
Tak kira kerjaya apa yang dipilih, mereka pasti pulang bersama kemahiran daripada aktiviti-aktiviti ini di mana mereka pasti bersedia untuk masa depan.
Kidzooona
Anak-anak kecil boleh alami pengalaman belajar yang unik di mana mereka belajar dan bermain pada masa yang sama.
Diinspirasi oleh pusat jagaan Jepun, pendekatan dan permainan inovatif Kidzooona membolehkan anak-anak anda pelajari kemahiran sosial.
Dan merupakan tempat untuk mereka mengembangkan kebolehan fizikal dan mental.
Anak-anak anda pasti tak mahu pulang dengan adanya aktiviti-aktiviti seronok seperti gelongsor, pelampung angin, kolam bola dan banyak lagi.
Jungle Gym
Jom ke Jungle Gym kalau anda mencari taman pengembaraan interaktif keluarga untuk anak-anak anda.
Kemudahan di gim hutan ini dibina dengan standard keselamatan untuk kanak-kanak berseronok dan lakukan aktiviti-aktiviti sambil belajar.
Pengunjung dinasihatkan untuk memakai stoking di dalam Jungle Gym setiap masa.
Anda boleh bawa stoking sendiri atau beli stoking di kaunter.