3 Tempat Bercuti Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Yang sudah bekeluarga pasti pening tempat mana yang sesuai untuk bawa anak-anak pergi bercuti kan?

3 tempat dalam senarai ni memang sesuai untuk korang semua bawak anak-anak korang untuk bercuti pada musim cuti sekolah ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua.

Lexis Hibiscus Port Dickson

Resort mesra kanak-kanak yang ekslusif ini menjanjikan kepuasan bagi keluarga.

Sangat sesuai kepada yang ingin menghabiskan masa bersama keluarga dan anak-anak dalam suasana privasi.

Resort bertaraf lima bintang ini terletak di Port Dickson.

Offers: Family & Dinner Packages | Grand Lexis® Port Dickson

Kolam renang persendirian mengadap ke arah laut adalah salah satu keseronokan utama bagi kanak-kanak.

Selain itu, tidak jauh dari resort disediakan pusat permainan air di tepi pantai untuk kanak-kanak bermain sambil membasahkan diri.

Hotel Legoland

Keindahan senireka hiasan dalaman yang dipenuhi dengan karakter kartun yang mencuit hati.

Setiap watak permainan Lego menceriakan suasana penginapan bilik.

LEGOLAND® Hotel | LEGOLAND Malaysia Resort

Hotel bertema Legoland ini merupakan antara hotel mesra kanak-kanak yang akan membuatkan mereka tertawan.

Legoland ingin mencipta imaginasi dalam jiwa kanak-kanak sebaik sahaja melangkah kaki ke dalam dunia yang penuh kemeriahan ini.

Golden Sands Resort

Hotel pantai ini menyediakan zon permainan seperti taman tema air yang meriangkan untuk kanak-kanak bermain.

Anak-anak boleh bermain air di kawasan kolam mandi yang menyediakan gelongsor dan air pancutan yang membuatkan kanak-kanak teruja bermain air.

SHANGRI-LA GOLDEN SANDS, PENANG HK$494 (H̶K̶$̶1̶,̶2̶5̶3̶) - Updated 2022 Prices & Hotel Reviews - Batu Ferringhi, Malaysia - Tripadvisor

Adventure Zone Park juga ada menyediakan cabaran permainan untuk anak anda.

Terletak di Batu Feringghi iaitu salah satu daerah pelancongan yang menjadi tarikan ramai pelancong di Pulau Pinang.

Bilik hotel bertaraf empat bintang pula menjanjikan keselesaan bagi seluruh ahli keluarga anda.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *