Desaru sudah lama menjadi destinasi pilihan untuk mereka yang ingin menikmati keindahan pantai pasir putih.
Untuk pilihan makanan pula anda boleh pilih daripada banyak restoran dan gerai yang menawarkan pelbagai aneka hidangan yang berbeza, sesuai untuk setiap citarasa.
Nak tahu lebih lanjut jom baca senarai tempat makan menarik di Desaru ini.
Teratai Coffee House
Bagi anda yang datang bercuti ke Desaru, tidak kira jika anda menginap di Lotus Desaru Beach Resort atau tidak, anda perlu mencuba Teratai Coffee House.
Berdekatan dengan salah satu kolam renang Lotus Desaru, ia juga berdekatan dengan arcade dan kedai serbaneka resort ini.
Di sini mereka menawarkan pelbagai makanan tempatan dan western.
Antara yang popular di sini ialah chicken chop dan burger mereka. Dengan portion yang besar, pasti memuaskan.
Makanan kegemaran tempatan seperti roti canai, nasi lemak, nasi beriyani dan banyak lagi juga disediakan di sini.
To’mad Salai
Restoran To’mad Salai yang terletak di Taman Desaru Utama ini adalah antara kedai makan pilihan ramai terutama sekali yang datang bercuti bersama keluarga.
Ini kerana, menu yang mereka tawarkan di sini amat sesuai untuk makan beramai-ramai.
Menu utama mereka ialah asam pedas claypot dan salai lemak cili api claypot.
Untuk kuah asam pedas claypot, mereka menawarkan 5 jenis pilihan ikan iaitu ikan mayong, ikan merah, ikan pari, ikan siakap dan ikan kaci.
Bagi kuah salai lemak cili api claypot pula, anda boleh memilih antara keli, ayam, daging, itik atau puyuh.
Raihana Bistro
Kombinasi masakan tempatan dan masakan western menjadi tarikan buat Raihana Bistro.
Bukan itu sahaja, waktu operasi mereka yang berlangsung 24 jam memang memudahkan pengunjung untuk mencari makanan jika berasa lapar di waktu-waktu tertentu.
Di sini, anda boleh mendapatkan aneka roti canai, nasi lemak, lauk pauk dan nasi putih, serta pelbagai masakan western.
Pastikan anda datang ke sini ketika berkunjung ke Desaru, kami pasti anda akan rambang mata nak pilih makanan.