3 Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru

Siapa kat sini yang selalu pergi ke Johor Bahru?

Banyak sebenarnya tempat makan menarik di sekitar ibu negeri Johor ini.

Hari ni admin nak kongsikan 3 tempat makan menarik di sekitar Johor Bahru.

Bigfood

Nama restoran ini jelas menggambarkan saiz hidangannya yang sememangnya banyak.

Kafe Bigfood ini sangat dipuji oleh pelangggan bukan sahaja kerana makanan yang enak, malah saiz hidangan juga tidak ‘kedekut’!

Berkonsepkan makanan Barat, antara menu yang boleh anda cuba ialah Grafa Lamb Chop, Spaghetti Bolognese dan Beef Lasagna.

BIGFOOD F&B Opens 3rd Outlet At Adda Avenue With Special Discount  Throughout December - Johor Foodie

Pencuci mulut seperti kek dan brownies juga turut disediakan.

Soal harga, ianya tidak terlampau mahal jika kita fikirkan saiz hidangannya yang besar.

Sangat berbaloi dan tidaklah mencekik darah.

Kedai ini terletak di No 1, Jln Kolam Air 1, Jalan Nong Chik Heights, 80100 Johor Bahru, Johor.

Faculty Of Caffeine

Dari namanya sahaja pasti anda boleh teka jenis minuman apa yang cukup terkenal di Faculty of Caffeine ini.

Berita baik buat pencinta kopi, ramai pelanggan mengakui yang kopi di sini memang sedap-sedap belaka.

Untuk kopi, anda boleh cuba caramel latte dan rose latte.

Rasanya tidak terlampau manis, namun kopinya masih pekat.

Bolehlah anda nikmati sambil bersantai-santai di sini.

Faculty of Caffeine @ Jalan Trus, Johor Bahru

Selain kopi, hidangan yang dihidangkan di sini juga tidak kurang hebatnya.

Antara yang boleh anda cuba ialah Korean Fried Chicken, Chicken & Waffle & Madam Lim’s Brownies.

Kedai ini terletak di 106, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor.

Cupchai cafe & Retro

Unik sungguh nama kafe Cupchai Cafe & Resto ini.

Makanan yang dihidangkan di sini juga mendapat pujian ramai pelanggan, jelas menunjukkan yang ianya bukan kafe hipster di JB yang biasa-biasa.

Makanan yang dihidangkan berkonsepkan hidangan tempatan dan Barat.

Cupchai Cafe & Resto – Good Stuff Eatery

Saiz hidangan yang besar juga merupakan antara kelebihan hidangan di kafe ini.

Menu-menu yang boleh dicuba ialah mi rebus, roti titab, roti bakar dan kacang pool, Spaghetti Aglio Olio dan Spaghetti Carbonara.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *