Hari ini admin nak berkongsi dengan semua orang Melaka mengenai 3 tempat makan yang sedap di Negeri Sembilan.
Korang boleh jadikan artikel ini sebagai rujukan apabila bercuti ke Negeri Sembilan.
Restoran Selero
Restoran ini cukup terkenal di Seremban bukan sahaja di kalangan orang setempat.
Malah turut menjadi destinasi pilihan pelancong luar untuk merasai lauk pauk popular orang Negeri Sembilan.
Pilihan lauk pauk kampung & orang setempat di sini memang sangat banyak.
Walaupun anda datang ke sini seawal pukul 11.00 pagi, sudah ramai yang datang.
Alamat Restoran Selero:
- 602&603, Jalan Haruan 4/8, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Restoran Sabak Salai
Restoran Sabak Salai sangat disyorkan untuk anda lawati bagi yang mencari destinasi terbaik untuk mencuba makanan kenegerian orang Negeri Sembilan.
Pelbagai menu makanan salai masak lemak cili api yang disediakan:
- Itik salai.
- Puyuh salai.
- Daging salai.
- Ayam kampung salai.
Ruang kedai makan pun luas & mempunyai kemudahan tempat duduk serta meja makan yang besar.
Satu destinasi makan menarik yang memang sangat ideal untuk anda datang dalam kumpulan yang besar.
Alamatnya di:
- No.13, Batu 5 1/2, Kampung Kundur Hulu, 71400 Pedas, Negeri Sembilan.
Restoran Nelayan Seafood
Terdapat lebih 20 tray lauk pauk yang pasti membuatkan anda rambang mata & tidak sabar untuk mencubanya.
Pilihan lauk makan tengahari di sini sudah tentulah kebanyakannya resepi asli orang Negeri Sembilan seperti masak salai, asam pedas, kari, aneka ulam-ulaman & sebagainya.
Selain itu, di sini juga ada beberapa lauk pauk yang mungkin susah untuk dijumpa di tempat makan lain seperti gulai pisang.
Alamatnya di:
- Wisma PBNS, P/3, 102, Jalan Zaaba, Rahang Kechil, 70100 Seremban, Negeri Sembilan