Mesti ramai yang ingat bahawa kat Putrajaya tak de tempat makan yang best kan?
Sebenarnya, walaupun Putrajaya merupakan sebuah bandar, namun masih terdapat banyak port-port yang sedap untuk kita makan.
Jadi hari ni, admin nak kongsikan 3 tempat makan sedap yang berada di Putrajaya.
Serabei Cafe
Sekiranya anda rindu dengan makanan seperti nasi kerabu, nasi dagang, lompat tikam atau laksam, bolehlah singgah di Serabei Cafe yang terletak di waterfront Ayer@8 di Presint 8.
Ada juga beberapa hidangan makanan atau resepi yang mungkin anda jarang mendengarnya seperti menu makanan nama kedainya sendiri iaitu Serabei.
Serabei merupakan sejenis makanan pencuci mulut yang dibuat dari tepung beras dan berteksturkan seakan donut dan dicicah dengan sos lemak manisnya.
Selain itu, apa yang paling mengujakan apabila di sini ialah melihat hidangan nasi kerabu yang dihidangakan bersama dengan ketam bercili.
Johnny Rockets
Kedai makan ini menyediakan pelbagai jenis hidangan dan menu western yang sedap baik dari fries, burger dan sebagainya.
Sekali tengok suasana Johny Rocket seperti di fast food yang lain yang mana anda perlu beratur di kaunter untuk order makanan.
Lokasi Restoran Johny Rocket ini memang sangat cantik yang berhadapan dengan sebuah kolam di IOI Mall.
Johny Rocket juga mendapat banyak review yang bagus dari pelanggan.
Ada yang mengatakan makanannya konsisten sedap dan ada pula yag komen staff di sini sangat ‘happening’ dan ‘extra’ mesranya.
Umai Cafe
Umai Cafe atau juga dikenali sebagai The Lake Garden Cafe ini yang terletak betul-betul di sebelah tasik Putrajaya.
Di antara menu sedap yang popualar adalah pilihan nasi lemak yang disajikan dengan pelbagai pilihan lauk-pauk seperti telur mata, rendang ayam, ayam goreng berempah dan sambal sotong.
Bagi mereka yang inginkan makanan ringan, tempat makan best di Putrajaya ini menyediakan lempeng kelapa, cucur udang, jemput pisang dan roti jala.
Pilihan set nasi lain seperti set bawal goreng panas dan ayam penyet juga tersedia di cafe ini.