3 Tempat Makan Yang Best Di Pahang

Hari ni admin nak sharekan dengan pembaca semua, berkenaan 3 tempat makan best yang ada di sekitar Pahang.

Harap-harap artikel ini dapat membantu anda semua.

Gelora Steak House

Kedainya simple dan santai dengan pilihan menu yang banyak tetapi straightforward.

Di Kuantan, masakan western merupakan antara makanan yang digemari ramai.

Untuk menikmati makanan western yang lebih jimat dengan harga berpatutan, boleh datang ke Gelora Steak House.

Selain dari steak, mereka turut menyediakan hidangan western yang lain seperti chicken chop, lamb chop dan salmon.

Gelora Steak House - Restaurant in Kuantan, Malaysia | Top-Rated.Online

Mereka menawarkan pelbagai jenis steak yang dimasak dari bahagian-bahagian lembu yang berbeza.

Mereka juga ada menyediakan hidangan spaghetti dan pasta, pizza dan lasagna.

Menu untuk kanak-kanak juga disediakan.

Jadi pastikan anda datang bersama keluarga ke Gelora Steak House.

Alamat kedai ini di B-616,Taman Bandar Emas, Taman Semambu 1, 25300 Kuantan, Pahang.

Kimstone Foodcourt & Hall

Dengan konsep foodcourt, Kimstone ini lebih bergaya.

Tanah lapang ini telah dijadikan seperti sebuah taman yang menempatkan pelbagai gerai makan dan ruang-ruang makan.

Mereka turut menyediakan perkhidmatan dewan dalam sebuah kanopi putih yang besar dan indah.

Ruang makan outdoor pula cukup istimewa dengan lampu-lampu yang menerangi “taman” ini.

si kenik on Twitter: "I'm at Kimstone Foodcourt & Hall in Kuantan, Pahang  https://t.co/PjrSiZwvUf https://t.co/2cxYX0E3Wf" / Twitter

Terdapat berbagai makanan yang disediakan oleh gerai-gerai makan di sini.

Terdapat juga satay dari gerai satezul, stizzers yang menawarkan makanan western dan claypot.

Sesungguhnya, ini memang sesuatu yang unik dan baru dalam dunia kulinari Malaysia.

Restoran Mint Kuantan

Restoran Mint Kuantan adalah jaminan sebagai tempat yang terbaik untuk anda dan pasangan.

Terletak di tepian Pantai Balok yang dingin dek hembusan bayu malam serta kawasan makan yang luas, sudah tentu memberi impak yang selesa dan romantis.

Dihidang pula dengan masakan barat yang lazat sebagai santapan malam sememangnya cukup sempurna.

Mint Restaurant Kuantan - Restaurant in Pekan, Malaysia | Top-Rated.Online

Resoran Mint Kuantan ada menyediakan servis beach wedding dan juga event venue.

Mana-mana yang berangan nak kahwin di tepi pantai maka inilah masa dan tempat yang sesuai untuk realisasikan impian anda.

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *