3 Tempat Menarik Di Brunei

‘Kecil-kecil, cili padi’ cukup sesuai digunakan untuk negara Brunei ini.

Negara yang mewah dan kaya dengan minyak sehingga disenaraikan di dalam majalah Forbes sebagai negara ke-5 terkaya daripada 182 buah negara yang lain.

Lokasinya yang terletak di Kepulauan Borneo, sudah pastinya memiliki pelbagai tarikan tersembunyi, alam semulajadi?

Jom kita teroka tempat menarik di Brunei!

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin

Berjalan-jalan di sekitar Bandar Seri Begawan, tiba-tiba anda terpandang sesuatu yang bersilau-silau.

Sultan Omar Ali Saifuddien Mosque | Visit SOAS Mosque in Brunei | Southeast  Asia Travel

Dengan ketinggian sekitar 171 kaki, masjid ini dapat dilihat dimana sahaja anda berada di sekitar Bandar Seri Begawan.

Yang menariknya lagi tentang masjid ini adalah kerana ia juga dibina di tepian Sungai Brunei dan dikelilingi oleh taman bunga yang indah.

Kubah utama masjid ini diselaputi oleh emas tulen.

Hutan Simpan Labi

Hutan Simpan Labi merupakan salah satu daripada tarikan alam semulajadi yang terdapat di Brunei.

Keindahan hutan simpan ini adalah kerana kawasan sungainya yang mengalir tenang.

15 Tempat Terbaik untuk Lawatan di Brunei / Panduan Perjalanan | Tempat  terbaik untuk perjalanan. Petua untuk pelancong dan pelancong!

Kolam-kolam semulajadi untuk bermandi-manda dan juga pokok-pokok di sekitar yang menyejukkan pandangan mata.

Sekiranya anda datang ke sini pada waktu malam, anda mungkin akan menjumpai cendawan yang bercahaya, flora yang cukup unik!

Masjid Hassanal Bolkiah

Masjid Hassanil Bolkiah  merupakan salah satu daripada 2 buah masjid negara di Brunei.

Masjid yang dibina pada tahun 1992 ini memiliki 29 buah kubah yang menyilau keemasan terutama apabila tiba waktu malam.

Jame'Asr Hassanil Bolkiah Mosque - Brunei | Jame'Asr Hassani… | Flickr

Boleh memuatkan 5000 jemaah pada satu-satu masa, masjid ini merupakan yang terbesar di negara ini.

Bukan sahaja memiliki rekabentuk luaran yang mengujakan, dalaman masjid ini juga agak mewah, lengkap dengan eskalator khas untuk kegunaan sultan.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *