Hari ni admin nak kongsikan 3 tempat menarik yang berada di Kota Bharu.
Harap artikel ini dapat membantu anda semua.
Street Art Kota Bharu
Kebanyakan kota di negara ini telah menawarkan street art tersendiri.
Di Kota Bharu, mereka turut menawarkan street art yang mencerminkan budaya dan identiti negeri Kelantan.
Laluan seni yang dijayakan oleh Majlis Pembandaran Kota Bharu ini telah pun wujud sejak tahun 2016.
Ia merupakan kolaborasi antara Persatuan Seni Lukis Kelantan dan syarikat cat, Jotun.
Terdapat 3 tema berbeza di street art ini iaitu Palestin Art Corner, Batik dan Seni dan Budaya.
Jadi, jika anda ke Kota Bharu, pastikan anda mengambil masa untuk singgah ke sini.
Pantai Nusuk
Jika anda sukakan pantai, pastikan anda singgah ke Pantai Nusuk di Kota Bharu.
Lokasinya yang tersembunyi di Sabak ini menjadikannya seolah-olah pantai rahsia.
Sebab itulah namanya pantai Nusuk (sembunyi).
Ia sudah pun menjadi spot berkelah yang menjadi kegemaran ramai.
Angin bayu laut yang nyaman, pantainya yang bersih, Pantai Nusuk ini kian mendapat perhatian ramai.
Muzium Negeri Kelantan
Jika bercuti di Kelantan, lokasi yang boleh anda tuju adalah tak lain tak bukan Muzium Negeri Kelantan yang terletak di Bandar Kota Bharu.
Ditubuhkan pada tahun 1990, muzium ini terletak di dalam sebuah bangunan yang pada asalnya berfungsi sebagai pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu.
Di dalamnya, anda dapat menyelusuri pembangunan yang telah ditempuhi negeri pantai timur ini.
Di tingkat atas muzium ini pula anda boleh melihat pameran budaya yang memaparkan koleksi kraf.
Walaupun menyimpan pelbagai artifak bersejarah, bangunan ini sendiri juga menyimpan nilai antiknya sendiri.