hari ini admin ingin berkongsi dengan korang semua, 3 tempat menarik di Selangor.
3 tempat menarik ini sesuai untuk bos-bos yang berhasrat untuk membuat team building.
IMPIAN RIMBA RESORT
Hanya 45 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur.
Terletak didalam kawasan dusun buah-buahan seperti durian, tampoi, rambutan, duku langsat, kundang dan pulasan.
Dengan suasana yang santai dikelilingi tumbuhan hijau, deruan sungai yang mengalir,keindahan alam semula jadi.
Sesuai untuk merehatkan minda dari kesibukan kerja malah dapat meluangkan masa untuk membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan pekerja.
Keseluruhan chalet dan dorm ini boleh memuatkan hampir 200 orang pengunjung.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk keselesaan para pengunjung antaranya chalet, dewan, restoran, surau, bilik mandi dan tandas.
Aktiviti seperti Perkelahan Harian, Hari Keluarga, Seminar, Kursus, Teambuilding, Kem Motivasi, Majlis Perkhawinan dan lain-lain aktiviti berkumpulan.
AGROTEK GARDEN RESORT
Resort ini menyediakan 6 jenis chalet yang berjumlah 62 buah keseluruhannya dan dormitory.
Terdapat pelbagai kemudahan seperti restoran, kolam renang, surau, dewan, wakaf dan tempat bbq.
Sangat sesuai untuk aktiviti family day, kursus, seminar, reunion dan lain lain lagi.
Anda juga boleh mencuba beberapa aktiviti yang disediakan menarik seperti mandi sungai, jungle trekking dan berenang.
SINGGAH SANTAI RESORT
Singgah Santai Resort direka untuk memberi latihan kepada pembangunan manusia untuk tenaga kerja agensi kerajaan dan juga sektor swasta.
Kebiasaanya resort ini dijadikan tempat untuk hari keluarga, aktiviti sukan tahunan, motivasi diri, pembinaan pasukan dan lain-lain.
Terdapat 16 unit chalet, 2 unit homestay dan 2 blok dorm disediakan dan memuatkan 250 orang pengunjung dalam satu masa.
Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang, surau, dewan, cafeteria, tempat bbq dan wakaf.