3 Tempat Pelancongan Di Melaka Bahagian 5

Negeri Melaka

3 Tempat Pelancongan Di Melaka Bahagian 5 akan memberikan info tentang tempat-tempat yang menarik untuk rujukan anda semua.

Melaka Thousand Tales Of Adventures – The Adventures Of Sinbad

Melaka Thousand Tales Of Adventures – The Adventures Of Sinbad

Sesiapa yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi sudah pasti tidak sabar-sabar untuk melawat ke sini. Tempat ini sesuai untuk golongan muda mahupun yang sudah berusia.

Melaka Thousand Tales Of Adventures – The Adventures Of Sinbad ini akan memberikan anda satu pengalaman yang tidak dapat dilupai. Ini kerana anda akan merasai pengalaman menggembara di ‘tujuh lautan’. Pengalaman yang bakal anda lalui tidak mungkin dapat dirasai di tempat lain. 

Melaka Thousand Tales Of Adventures – The Adventures Of Sinbad

LokasiMelaka Thousand Tales Of Adventures – The Adventures Of Sinbad ini terletak hanya 10 minit dari A’ Famosa. Pelbagai cabaran yang akan anda lalui di sini untuk menyelamatkan diri anda dari penjahat yang digelar sebagai Shaman. 

Yang membuatkan tempat ini lagi menarik kerana ianya menggunakan teknologi interaktif 7D sepanjang pelayaran anda nanti.

Samudera Square

Samudera Square

Samudera Square atau dikenali juga sebagai Medan Samudera merupakan tempat yang agak popular untuk anda nikmati juadah makan tengah hari. Walaupun Medan Samudera ini tidak sepopular tempat makan yang lain, namun ia menjadi tumpuan para pelacong yang sudah lapar dan penat.

Bangunan dua tingkat ini merupakan tempat untuk menghilangkan penat secara ‘bajet’. Medan selera untuk nasi campur terletak di tingkat 2. Pemandangan dari tingkat ini juga menarik kerana anda boleh melihat Muzium Samudera dan Sungai Melaka dari sini.

Fasiliti di Medan Samudera;

  • Medan selera.
  • Surau.
  • Tandas awam.
  • Kedai cenderahati.
  • Tempat letak kenderaan.

Waktu operasi;

  • Bergantung kepada para peniaga di sini kerana tidak tentu masanya. Secara kebiasannya, pada hari biasa medan ini akan beroperasi dari pagi hingga petang. Waktu operasi berubah pada hujung minggu dan cuti sekolah iaitu dari pagi hingga ke malam.

Samudera Square

Buat anda yang ingin membeli buah tangan untuk dibawa pulang, anda boleh membeli pelbagai cenderahati di sini. Antara cenderahati yang boleh didapati di sini ialah keychain, baju t-shirt dan ‘fridge magnet’. Hasil kraf tangan seperti tudung saji, bakul dan topi juga boleh di beli di sini.

AK Extreme Motorsport Station

AK Extreme Motorsport Station

Bagi anda yang berminat untuk melakukan aktiviti lasak tapi tidak mahu berpanas-panasan dan berpeluh, maka inilah tempat yang paling sesuai untuk anda semua.

Di sini anda boleh berlumba sepuas hati menggunakan pelbagai jenis go-kart. Go-kart ialah perlumbaan kereta roda terbuka yang kecil. Panggilan untuk kereta roda kecil ini ialah kart atau go-kart.

Pelbagai jenis go-kart disediakan. Daripada jenis yang tidak mempunyai motor hingga yang mempunyai motor kuasa tinggi. Ianya dipanggil sebagai Superkarts.

Bagi yang tidak pernah melakukan aktiviti lasak ini, anda tidak perlu risau. Bimbingan sepenuhnya akan diberikan kepada anda oleh staf-staf yang berada di sini. Kesemua staf disini sangat peramah dan baik hati.

Selain go-kart, di AK Extreme Motorsport Station juga anda boleh mencuba aktiviti lain yang ditawarkan mereka seperti ATV dan paintball. Sebagai info, permainan paintball dan go-kart hanyalah dibenarkan untuk yang berumur 12 tahun dan ke atas sahaja.

AK Extreme Motorsport Station

Anda juga tidak perlu risau untuk meletakkan kenderaan. Anda boleh meletakkan kenderaan di dalam bangunan yang sama iaitu pada aras 6.

Baca juga;

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *