3 Tempat Pelancongan Di Melaka Bahagian 6

3 Tempat Pelancongan Di Melaka Bahagian 6

3 Tempat Pelancongan Di Melaka Bahagian 6 akan memberikan anda info-info yang berguna tentang tempat yang menarik di negeri bersejarah ini.

Anda boleh merancang percutian anda dengan lebih sistematik.

World’s Bees Museum

World’s Bees Museum

Siapa sahaja yang tidak suka dengan makanan ataupun minuman yang manis. Mungkin selepas melawat ke muzium lebah ini anda boleh tukar ke pemanis asli yang lebih selamat seperti madu lebah.

World’s Bees Museum ini mempamerkan lebih kurang 250 spesimen sarang lebah dan tebuan. Anda boleh dapatkan info yang lebih mendalam berkenaan dengan spesies lebah.

Anda juga boleh mendalami tentang khasiat-khasiat yang terdapat di dalam madu lebah sebagai makanan tambahan anda. Muzium yang dibuka sekitar tahun 1988 ini menerima pengunjung sebanyak 50,000 dalam kira-kira masa sebulan.

World’s Bees Museum

Para pengunjung juga akan disajikan dengan jus madu yang segar secara percuma. Sepanjang lawatan anda di dalam muzium ini anda juga berpeluang untuk merasai pelbagai madu lebah untuk dirasai. Jika berminat, anda dibenarkan untuk membeli madu tersebut untuk dibawa pulang.

Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian tersendiri seperti bahagian cara penjagaan lebah/tebuan, bahagian spesies, bahagian habitat lebah/tebuan dan bahagian peralatan yang digunakan untuk mengambil madu.

Objektif muzium ini ditubuhkan adalah untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat tentang lebah/tebuan dan habitat mereka.

House of Museums Malacca

House of Museums Malacca

House of Museums Malacca merupakan sebuah muzium yang memaparkan gaya hidup dan keadaan kehidupan orang dahulu. Zaman yang ini dibawa di dalam muzium ini ialah sekitar tahun 50-an.

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke sini anda akan merasai bahawa anda sudah memasuki dunia klasik. Antara keunikan muzium ini, barang-barang pameran di sini tidak disimpan di dalam bekas kaca dan sebagainya.

House of Museums Malacca

Diantara barang pameran di dalam muzium ini ialah telefon lama, radio lama dan bekas rokok lama. Jika anda berkesempatan untuk bertemu dengan penjaga muzium ini, anda boleh bertanya berkenaan dengan barang-barang tersebut sebagai maklumat kepada anda.

Terdapat beberapa zon berbeza yang menggambarkan suasana klasik Melaka iaitu salon rambut, panggung wayang, farmasi, rumah dan sebagainya.

Jumpers Land

Jumpers Land

Jumpers Land merupakan sebuah taman ‘indoor’ yang luas. Kanak-kanak boleh bermain dengan puasnya di sini. Taman ini adalah untuk kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah.

Tempat permainan ini terletak di tingkat 3 di dalam Elements Mall. Anak-anak anda boleh melompat dengan sepuas hati kerana terdapat trampoline di sini. Mereka juga boleh bermain gelongsor yang panjang, ruang permainan yang penuh dengan bola-bola kecil (ball pit) dan banyak lagi.

Jumpers Land

Lantai taman ini yang berspan akan menjamin keselamatan anak-anak bermain. Taman ini juga dilengkapi pagar di sekelilingnya, maka jika anda meninggalkan anak-anak di sini untuk membeli belah anda tidak perlu risau jika akan keselamatan mereka.

Baca juga;

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *