Sebagai umat Islam, kita sentiasa diajar untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan pada kita.
Cara untuk kita bersyukur adalah mudah.
Ianya hanya bergantung kepada diri kita sahaja.
Pada hari ini, admin akan berkongsi dengan anda semua 4 cara untuk kita semua bersyukur dengan nikmaqt yang Allah berikan.
Kalimah-Kalimah Tahmid Adalah Tanda Kita Bersyukur Dengan Nikmat Allah
Apa itu kalimah tahmid?
Kalimah tahmid ini sebenarnya sering kita ucapkan dalam kehidupan seharian.
Cuma kita kurang mengambil peduli mengenai istilah tahmid.
Tahmid bermaksud pujian.
Kita melafazkan kalimah-kalimah tahmid untuk memuji Allah SWT yang telah memberikan kita nikmatnya.
Dengan kalimah tahmid ini anda bukan sahaja telah bersyukur dengan nikmat Allah, tetapi anda juga telah mengumpul pahala dengan mudahnya.
Indahnya Islam, kerana dengan mudah sahaja kita dapat mengumpul pahala dengan mudah.
Bersedekahlah Untuk Bersyukur Dengan Nikmat Allah
Walaupun Allah murahkan rezeki kita, tetapi ingatlah bahawa masih ramai diluar sana yang memerlukan bantuan kita.
Jadikanlah Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya sebagai contoh tauladan.
Mereka sanggup bersedekah dengan kesemua harta kepada mereka untuk membantu orang-orang yang memerlukan.
Sedekah juga mempunyai keajaibannya yang tersendiri.
Kerana apabila kita bersedekah, maka Allah akan tambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita.
Rezeki kita juga akan bertambah.
Mari Tingkatkan Ketakwaan Sambil Bersyukur Dengan Nikmat Allah
Ingatlah Firman Allah SWT Yang Mafhumnya:
“Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu ialah orang yang paling bertakwa”
Dengan ayat yang mulia ini, kita seharusnya mengambil pelajaran bahawa takwa itu penting untuk bekalan mati kita.
Dengan nikmat yang Allah berikan di dunia ini, kita dapat beramal dengan sebaiknya.
Kita harus menggunakan nikmat tersebut dengan sebaiknya.
Contohnya, Allah memberikan kita nikmat dari sudut kesihatan, maka inilah peluang kita untuk ke masjid setiap hari.
Walaupun nampak remeh, tetapi tidak semua orang diberikan kesihatan yang sama untuk menunaikan suruhan ini.
Sentiasa Hindarkan Diri Daripada Penyakit Hati
Penyakit di dalam hati ini lebih merbahaya jika nak dibandingkan dengan penyakit kronik yang ada dunia ini.
Ini kerana, penyakit hati akan menyebabkan kita jauh dari Sang Pencipta.
Nikmat yang Allah berikan ini boleh mendatangkan penyakit di hati kita, sekiranya kita tidak memperbetulkan niat kita.
Kita dengan mudah sahaja boleh terkena penyakit yang buruk seperti riya’, hasad dengki dan lain-lain lagi.
Sentiasa ingat bahawa semua nikmat ini adalah milik Allah SWT kepada kita.
Dan ianya hnayalah pinjaman yang bersifat sementara.
Baca Juga: