4 Tempat Makan Hipster Kuantan

Ramai anak muda yang suka makan di tempat hipster kan?

Kalau korang ke Kuantan, admin sarankan untuk pergi ke 4 cafe ni.

Jom baca untuk ketahui maklumat lanjut.

Kula Cakes

Terletak di Jalan Besar, tidak dinafikan Kula Cakes merupakan antara tempat makan hipster terhangat di Kuantan.

Kedai hipster yang satu ini lebih tertumpu kepada hidangan pencuci mulut.

Memang ramai pelancong dan penduduk setempat yang akan memenuhi ruangan di kedai ini.

Boleh dikatakan, kedai ini adalah syurga bagi peminat kek.

Kula Cakes menu in Kuantan | | Food delivery in Kuantan | foodpanda

Jika bertandang ke sini, anda disarankan untuk memesan Manggo Cheesecake.

Kerana menu ini memang laris dan mendapat pujian daripada orang ramai.

Waktu operasi bagi kedai ini adalah pada setiap hari kecuali Isnin, hari minggu (11 am – 6.30 pm) manakala hujung minggu (11 am – 7.30 pm).

Alamat Kula Cakes: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang.

Lepak Luu Cafe

Mungkin anda mencari suasana kedai makan yang mempunyai konsepnya yang tersendiri untuk tampak lebih hipster.

Lepak Luu Cafe adalah tempat yang sesuai untuk anda merasai pengalaman seperti budak-budak hipster yang lain.

Ini kerana kafe ini berkonsepkan kontena.

Memang hipster gila, kalau korang tengok depan-depan.

Tapi jangan risau kepada mereka yang tidak suka kepada western food, kerana anda masih boleh dapati makanan yang berlauk di sini.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual di sini.

Sempat Singgah Di Lepak Luu Cafe, Kuantan Untuk Makan Malam

Antaranya ialah set nasi berlauk, sate, burger bakar, bingsu, kek, maggie ketam dan bermacam-macam lagi.

Untuk harga, korang jangan risau.

Memang Lepak Luu Cafe ini menjual dengan harga yang berpatutan.

Alamat Lepak Luu Cafe adalah di 2, 25300 Kuantan, Pahang.

Akar Kopi

Bagi peminat kopi tetapi masih ingin mengekalkan imej hipster, Akar Kopi adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Walaupun mendapat gelaran kedai hipster, Akar Kopi ini memang terkenal kerana sajian kopinya yang padu.

Pelbagai aneka kopi tersedia di sini.

Korang pasti akan dapat bau aroma kopi yang harum dan memukau hati sebaik sahaja tiba di sini.

Akar Kopi Kuantan - Cafe in Kuantan, Malaysia | Top-Rated.Online

Kedai ini diambil nama daripada menu mereka yang terkenal iaitu akar kopi.

Anda disarankan untuk mencuba akar kopis ais.

Kesegarannya bakal terasa sejak daripada hirupan yang pertama.

Alamat Kedai Akar Kopi 2-8, Exit Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang.

90 Degrees Cafe & Art

Bagi peminat seni, sinilah tempat paling sesuai untuk korang.

Kafe ini bukan sahaja sesuai disinggah untuk menjamu selera, malah di tingkat atasnya ada sebuah galeri sini.

90 DEGREES CAFE & ART, Kuantan - Menu, Prices & Restaurant Reviews -  Tripadvisor

Sangat sesuai disinggah oleh para Instagrammer dan dijadikan port bergambar!

Alamatnya di 882, Jalan Air Putih, Taman Imbi, 25300 Kuantan, Pahang.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *