Kedai makan tomyam di Melaka. Melaka bukan sahaja negeri yang cantik dan menarik untuk dilawati.
Malah Melaka juga menjadi tumpuan para pelancong untuk food hunting.
Tidak kira pelancong dari luar atau dalam negara, mereka pastinya bersetuju Melaka mampu memenuhi selera mereka!
Sebut je nak makanan macam mana, semua ada. Masakan Thailand? Masakan Western? Masakan Cina? Anda sebut je.
Jadi dalam post kali ni, kami akan fokuskan kepada kedai yang menawarkan masakan tomyam di Melaka.
So, kalau nanti bercuti ke Melaka, anda boleh je rujuk balik post ni untuk cari kedai-kedai tu.
Masakan Tomyam memang sudah popular di kalangan masyarakat tempatan.
Semua kaum dapat menerima masakan tomyam sebagai menu makanan.
Sebagai info tambahan, #TMKEat senaraikan 7 jenis tomyam yang anda perlu tahu:
- Tomyam Kung
- Tomyam Pla
- Tomyam Kai
- Tomyam Phor Tek
- Tomyam Nam Khon
- Tomyam Kung Mak Phrao On Nam Khon
- Tomyam Kha Mu (Tidak halal)
Okay cukup sekadar tu perkongsian berkaitan jenis tomyam.
Kedai Makan Tomyam di Melaka
Kita teruskan dengan 5 Kedai Tomyam di Melaka terus!
1. Restoran Klasik Terapung
Restoran Klasik Terapung ini juga dikenali sebagai Tomyam klasik.
Anda pastinya akan terkejut jika pertama kali menjejakkan kaki ke sini dengan rekaan restoran yang sangat cantik dan unik.
Restoran ini mampu untuk menampung 1500 hingga 2000 orang dalam satu-satu masa.
Boleh rujuk pilihan menu tomyam dibawah!
Alamat Kedai Makan Ini: 48, Jalan Sungai Putat, Sungai Putat, 75450 Bukit Beruang, Melaka.
Waktu Beroperasi: 11:00 AM – 3:00 PM, 6:00 PM – 12:00 AM
No yang boleh dihubungi: +606-2326745
2. Restoran Lagenda Tomyam
Restoran ini pula terletak di Bukit Katil, Melaka.
Restoran ini menawarkan pelbagai jenis menu masakan ala Thai yang sememangnya menarik dengan harga yang sangat berpatutan.
Kalau di lihat pada review orang ramai di Restaurant Lagenda Tomyam, semua pelanggan sengat berpuas hati dengan servis mereka!
Yang special dekat kedai ni, anda boleh cuba Maggie Ketam by Lagenda!
Wow nampak sangat sedap tu.
Alamat Kedai Makan Ini: No. 28 Jalan Saujana Permai 1, Taman Saujana Permai, Bukit Katil, Melaka.
Waktu Beroperasi: 11:00 AM – 3:00 PM, 6:00 PM – 12:00 AM
No yang boleh dihubungi: +606-2326745
3. D’Puteh Elyana Tomyam
Selain menghidangkan masakan Tom Yam dan ala Thai, restoran tomyam kali ini pula memang femes dengan menu terbaru mereka iaitu shellout.
Jadi untuk anda yang ingin mencuba masakan Tomyam dan pada masa yang sama nak juga cuba shellout, anda boleh terus ke kedai makan ni.
Pastinya berbaloi-baloi!
Alamat Kedai Makan Ini: No 23 Jalan Bukit Beruang Utama 2, Taman Bukit Beruang Utama 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Waktu Beroperasi: 24 Jam
No yang boleh dihubungi: +6019-264 3630
4. Restoran Sahabat Tomyam Seafood
Restoran Tomyam in sangat popular dengan Jus Buah Gelas Jumbo.
Kalau anda dengar nama jus ni pun dah tahukan besar mana saiz jus ni.
Selain popular dengan jus buah, restoran ini turut menghidangkan udang bersaiz besar untuk masakan tomyam.
Tengok dalam gambar pun dah melelehkan.
Alamat Kedai Makan Ini: Kampung Balai Panjang, 75250, Melaka.
Waktu Beroperasi: 6:00 PM – 1:00 AM
No yang boleh dihubungi: +6010-420 0622
5. Restoran London Seafood Tomyam
Di restoran ni, banyak menu yang ditawarkan. Dari masakan tempatan ke masakan western.
Pendek kata semua jenis ada! Khas bagi penggemar tomyam, anda wajib cuba Tomyam Poktek di sini.
Memang padu dan kaw-kaw punya. Lebih-lebih lagi Tomyam Poktek menggunakan santan atau susu.
Oh ya, restoran ni juga menyajikan pulut mangga, ni pun antara yang wajib anda cuba!
Alamat Kedai Makan Ini: Berhadapan KIP Mart, Jalan Bachang, 75200 Melaka.
Waktu Beroperasi: 05:00PM – 01:00AM
No yang boleh dihubungi: +6010-420 0622
Okay diharap perkongsian dari kami ini dapat membantu anda untuk memilih kedai tomyam yang terbaik di Melaka.
Jangan lupa untuk follow kami untuk dapatkan lebih banyak informasi kedai makan terbaik di negeri Melaka!
#TMK #TMKEat
All Right Reserved by The Melaka Kini | Copyright @ 2019