Okay post kali ni, kami akan kongsikan dengan anda mengenai minuman yang rare di Melaka!
Lupakan kejap, coconut shake dan lain-lain tu.
Semua tu dah mainstream sangat.
Orang kata tak hipster la kalau pergi Melaka minum coconut shake je kan.
Apa kata kalau kali ni anda ke Melaka, anda cuba cari minuman yang rare sikit.
Rare kat sini bukanlah coconut shake cheese ke ape.
Bukan, tu kalau minum yang tu mau pening kepala haha.
Minum rare yang kami nak fokuskan kat sini ialah minuman yang anda susah nak dapat kat tempat lain.
Kalau ada pun mungkin tak sama dari segi rasa dan saiz hidangan.
Boleh jadi yang di Melaka ni lebih besar, lebih banyak dan lebih sedap!
5 Minuman Rare Di Melaka. No 3 Tu Ramai Yang Tak Tahu!
Okay jom kami kongsikan kepada anda 5 minuman rare yang ada di Melaka ni. Jom teruskan membaca!
1. The Old Kitchen
Di sebuah kafe yang diberi nama The Old Kitchen terdapat satu jenis minuman yang memang padu beb!
Minuman tu diberi nama Kokoland.
Cuba tengok gambar Kokoland kat bawah ni, sape tak terliur kan?
Kokoland ni adalah gabungan antara koko dan coklat.
Rasanya sangat pekat dan manis. Kalau anda suka manis, boleh try sangat ni!
Harganya cuma RM7.90!
Kalau nak kedai, boleh je klik sini.
2. Santai Pondok Teh Madu Bard
Okay untuk yang seterusnya kami memperkenalkan teh tarik madu.
Okay anda mesti biasa dengar pasal teh tarik madu kan?
Tapi teh tarik madu ni lain sikit, dia offer dalam sejuk dan panas.
Tarik dia memang padu. Tengok pun terliur haha.
Kedai ni beroperasi pada setiap hari. Isnin je kedai ni tutup.
Waktu operasi dia sampai petang je, 7.30 pagi sampai 3.00 petang je.
So, kalau boleh datang awal-awal sikit. Nanti melepas.
Okay ni lokasi kedai ni, klik je sini.
3. Mango Float Royale
Kalau datang Melaka anda wajib try Mango Float Royale ni.
Perghh dia punya pergi memang terbaik!
Okay cuba anda bayangkan, jus mangga yang pekat lepas tu dia pergi campur dengan buah mangga yang segar.
Dah tu, dia tambah lagi ais krim vanilla.
Sedap tak leh nak habaq!
Lagi-lagi kalau minum time panas-panas.
Okay kedai ni waktu operasi dia dari pukul 11 pagi.
Kedai tutup 11.30 malam.
Nak lokasi, klik sini.
4. Malacca Avocado Choc
Kalau anda datang kedai ni, jangn terkejut orang beratur punya ramai!
Haha. Tu tandanya kedai ni memang ada Avacado Choc yang sedap!
Jadi apa yang special dengan Malacca Avocado Choc?
Dia punya campuran antara buah avocado, lepas tu ditambah pulak dengan aiskrim dan syrup memang sangat terbaik!
Tu sebab Malacca Avocado Choc jadi viral.
Beratur panjang pun orang tak kisah beb!
So, kedai ni dia buka setiap hari dari pukul 11 pagi sampai pukul 10 malam.
Lokasi kedai, boleh guna link ni untuk check.
5. Cendol Jam Besar
Antara makanan yang legend dan wajib singgah kalau ke Melaka!
Kedai Cendol Jam Besar ni memang menawarkan segala jenis cendol.
Sebut je nak cendol ape. Semua ada.
Cendol pulut, cendol durian, cendol mix, cendol ice cream, cendol jagung dan cendol kacang.
Semua ni ada dekat kedai ni.
ABC pun ada haha.
Okay kedai ni bukak setiap hari.
Boleh datang seawal 9 pagi kalau takut tak sempat makan. Haha.
Kalau dah biasa ke Bandar Hilir sure perasan kedai ni.
Kalau tak biasa, boleh rujuk link ni untuk mudahkan anda.
#TMK #TMKEat
All Right Reserved by The Melaka Kini | Copyright @ 2019