7 TEMPAT BERSEJARAH DI MELAKA

Mewarisi kegemilangan masa lampau, Melaka kini merupakan pusat tarikan bagi tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah Malaysia, Melaka mempunyai pelbagai legenda, monumen-monumen dan artifak-artifak yang berusia lebih 500 tahun.

Sebagai pusat pertemuan antara timur dan barat, Melaka mempunyai kebudayaan dan sosial masyarakat yang unik berasaskan sejarah negeri ini. Percampuran senibina barat dan tamadun masyarakat timur telah menghasilkan panorama yang menakjubkan di daerah ini. Anda boleh merasakan penyatuan kegemilangan lampau dan kemodenan masa kini bergabung membentuk satu suasana sejahtera dan harmoni.

  •  A’ Famosa
  •  The Stadhuys
  •  Bukit China
  •  Perigi Hang Li Poh (Perigi Raja)
  •  Perigi Hang Tuah
  •  Kota St. John
  •  Kota Belanda

KOTA A FAMOSA ​


Kota yang dibina oleh orang-orang Portugis sewaktu menakluki Melaka pada tahun 1511. Mercu tanda Melaka dan mungkin merupakan subjek yang paling banyak diambil gambar selain daripada Stadhuys. Kota ini mengalami kerosakan teruk sewaktu penaklukan Belanda dan seterusnya dimusnahkan oleh British, namun dengan campurtangan dari Sir Stamford Raffles pada tahun 1808, sebahagian daripadanya berjaya diselamatkan, iaitu dinding pintu masuk, A’Famosa yang kekal hingga ke hari ini.

STADHUYS

Dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya, bangunan besar yang melambangkan senibina Belanda. Bangunan ini dijaga dengan rapi sebagaimana struktur asalnya dan kini menempatkan Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Antara barang pameran setiap hari ialah pakaian pengantin tradisi dan barang-barang peninggalan kegemilangan lampau Melaka.

BUKIT CHINA

Sebagaimana namanya, bukit ini merupakan penempatan rasmi rombongan Cina yang tiba di Melaka bersama Puteri Hang Li Poh. Beliau dihantar ke Melaka oelh Maharaja Cina untuk dikahwinkan dengan Sultan sebagai mengeratkan hubungan diplomatic sehinggalah penjajahan British pada tahun 1511. Hari ini Bukit China menempatkan tanah perkuburan Cina yang terbesar di luar negeri China iaitu banyak kuburan lama yang sezaman dengan dinasti Ming.

 

PERIGI HANG TUAH

Terletak di Kampung Duyong, di mana Hang Tuah membesar bersama empat orang sahabatnya yang kemudian telah menjadi hulubalang Melaka. Perigi ini dikatakan menjadi tempat kediaman roh beliau yang menjelma sebagai buaya putih. Bagi orang biasa untuk melihat kelibat jelmaan itu adalah mustahil. Dipercayai hanya mereka yang berhati suci dan warak sahaja berpeluang melihatnya.

 

PERIGI HANG LI POH

Dibina pada tahun 1459 oleh pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering dan menjadi satu-satunya sumber air sewaktu musim kemarau. Orang-orang Belanda mengepung perigi ini dengan tembok batu yang kukuh pada tahun 1677 untuk mengekalkannya sebagai “perigi hajat,” dipercayai sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam perigi ini, mereka akan kembali semula ke Melaka.

 

KOTA ST JOHN

 

Dibina semula oleh orang-orang Belanda dalam kurun ke-18, yang pada asalnya merupakan gereja persendirian Portugis yang ditujukan khas untuk Paderi St. John. Kota ini mempunyai rekaan yang menarik iaitu meriam yang diletakkan menghadap kawasan pedalaman kerana di waktu itu, serangan ke atas Melaka datangnya dari sana berbanding dari laut.

 

#TMK

#Sejarah

 

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *