Syarat Meminang Puteri Gunung Ledang

Hari ini saya sekadar memberi pendapat dari kisah syarat peminangan Puteri gunung ledang. Pendapat saya mungkin hanya satu pandangan bersifat pelik dan cuma bagai angan-angan bahawa Kesultanan Melayu Melaka itu sangat maju dan kaya.

Ini petikan wikipedia

Kisah Puteri Gunung Ledang termaktub dalam dua buku lama, iaitu “Hikayat Hang Tuah” dan “Sulalatus Salatin”. Sulalatus Salatin lebih dikenali sebagai “Sejarah Melayu”. Buku Sejarah Melayu adalah lebih lama berbanding Hikayat Hang Tuah.

Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka. Pendekar yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain. Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang.
Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:

1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
7 dulang hati nyamuk.
7 dulang hati kuman.
7 tempayan air mata anak dara.
7 tempayan air pinang muda.
1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.

Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.

Saya mulakan pendapat saya 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang mungkin bermaksud negara kita memang kaya emas seperti yang kita pakai hari ini. Sejarah juga membuktikan kerajaan Nabi Sulaiman membawa emas dari gunung ophir iaitu gunung Ledang.

Kedua untuk jambatan perak, rasanya sudah terang lagi bersuluh seluruh tanah Melayu ada bijih timah. Kesultanan Melayu Melaka memerintah seluruh Tanah Melayu.

Tujuh dulang hati nyamuk dan hati kuman/hama, macam pelik tapi entah-entah memang benar masyarakat Melayu dah pandai teknologi microskop untuk bedah sekecil-kecil makhluk.

Tujuh tempayan air mata anak dara sunti, fikirkan dengan jelas bahawa Melaka itu kerajaan Islam, anak dara sunti sangat dijaga rapi untuk melahirkan keturunan masa hadapan.

Tujuh tempayan air pinang muda, saya memang tak tahu tapi dari hasil google yang saya faham, airnya kelat hujung ada rasa manis. Saya berpendapat ia bagai satu yang bukan mudah tetapi ada hikmah.

Akhir, semangkuk darah anak sendiri, mustahil sultan berkuasa mutlak akan memberikan contoh tauladan demikian buat rakyat.

Bila fikir, semuanya adalah kiasan yang tersembunyi di sebalik kebenaran dan kelihatan seperti kisah dongeng. Lihat dari awal, kesultanan Melayu Melaka itu kaya dengan hasil emas dan perak (sampai sekarang kita pakai perhiasan emas dan perak), kedua mempunyai teknologi yang tinggi dari ilmu teknologi kerana sudah pandai bedah nyamuk dan hama (nak bedah, mesti ada teknologi), ketiga akhlak anak dara sunti itu sendiri mengambarkan akidah masyarakat yang menjadi teras agama (remaja kini adalah gambaran masa hadapan), keempat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kelima perlu ada kisah tauladan buat ikutan (kisah hebat zaman dahulu kala).

Hanya pendapat saya semata-mata lepas membaca satu ke satu kisah, sebenarnya kisah lagenda peminangan Puteri gunung ledang ini mungkin mahu keturunannya sendiri mentafsir hebatnya kesultanan Melayu Melaka secara pemikiran logik. Lagipun tak ada unsur tak logik seperti 7 dulang bintang dilangit memang mustahillah kita nak percaya , atau jambatan ais dari Melaka ke puncak gunung ledang (negara khatulistiwa mana boleh ada ais) yang boleh buat kita keturunan hari ini memperlekehkan syarat peminangan ini. Kalau ada syarat tak logik mesti kita gelak-gelak tapi bab negetif janganlah kita ambil seperti pokok menari-nari (kena faham bahawa itu hiperbola iaitu perlambangan yang melampau-lampau). Wallahualam.

SUMBER

#TMK

#Sejarah

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *