Hari ini admin nak berkongsi dengan korang semua, mengenai 3 tempat di Negeri Sembilan yang korang semua boleh explore.
Tempat-tempat ini semuanya berbajet rendah.
Jadi sekiranya korang tak de bajet yang besar, maka memang sesuai untuk korang pergi 3 tempat ni.
Bukit Melati Di Nilai
Jika anda inginkan aktiviti mendaki santai yang tidak terlalu ekstrim di hujung minggu, datanglah ke Bukit Melati yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.
Bukit Melati mempunyai beberapa laluan denai ke puncak kecil iaitu Monkey Hill, Centipede Hill, Cobra Hill, Eagle Hill dan Mosquito Hill.
Persediaan rapi juga perlu dititik beratkan walaupun ia sekadar bukit kecil.
Kerana terdapat insiden maut akibat serangan jantung ketika mendaki bukit ini.
Pastikan anda memanaskan badan atau tingkatkan stamina anda selama beberapa hari sebelum mendaki.
Wet World Air Panas
Berapa banyak taman tema yang menggunakan air panas semula jadi sebagai sumber air?
Sambil berseronok, anda sekeluarga dapat menyerap segala kebaikan yang ditawarkan air panas yang padat dengan mineral ini.
Mandi air panas ini mampu memberi kesan positif kepada kesihatan.
Taman tema ini menyediakan beberapa buah kolam berbeza.
Taman tema ini juga lengkap dengan gelongsor air yang seronok untuk memaksimakan keseronokan pengunjung.
Tarikan lain yang ditawarkan adalah seperti Reflexology Walk, Kiddie Slide, Lazy River, Wave Pool dan banyak lagi.
Taman Negeri Kenaboi
Cukup mesra pengunjung, taman negeri ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penting.
Antaranya seperti tapak perkhemahan yang luas bagi sesiapa yang ingin bermalam, tandas dan juga dewan.