Warung Legend Pak Abu buka sehingga jam 3 pagi

 

Di Melaka ini amat mustahil jika ada pelancong yang kata tiada tempat makan,
kerana dimana- mana sahaja ada kedai makan dan bukan sahaja kedai makan biasa
tetapi kedai yang telah pun Viral dan diminati ramai orang samaada penduduk Melaka mahupun luar Melaka.

Melaka famous dgn bermacam- macam jenis makanan seperti coconut shake, keria antarabangsa, Mango Float, Nasi Lemak Strawberry, Avocado Choc, dan banyak lagi.

Kini ‘Warung Legend Pak Abu’ Pula Menarik minat pelancong dgn masakannya yang sedap dan antara review pelanggannya adalah ” Walaupun hanya Warung tepi jalan , tapi makanannya seperti hotel 7 Bintang”

 

Yang paling menarik adalah kerana Warung Legend Pak Abu beroperasi sehingga 3:30 pagi. Dengan itu membuatkan Warungnya jadi tumpuan bagi mereka yang kelaparan ditengah-tengah Malam buta dan juga buat mereka yang pulang lewat ke kampung.


lokasi Warung tersebut terletak di Tanjung Minyak Bukit Rambai, berada di tepi selekoh sebelum Masjid .(Simpang menuju ke Balai Polis)

Dimaklumkan ‘ Pengusaha Warung Legend Pak Abu ‘ ialah saudara Aswad 23, ingin mengumpul Dana untuk berkahwin .

Dikhuatiri orang ramai yang datang ke Gerai Pak Abu gara- gara viral akan menyebabkan kesesakan tempat kerana warungnya yang mempunyai tempat terhad.

“Warungnya Dari Dulu memang Penuh , Dan selepas Viral ini mesti tidak cukup tangan kerana pekerjanya Hanya seorang sahaja” – Netizen

Netizen berkata lagi ” lepasni Ramai la yang beratur dekat Warung Pak Abu Ni, mungkin Kena Ambil no giliran” ..- itulah antara Kata-kata Netizen yang Mencuit Hati.

Kedai orang lama memang menjadi tempat di Hati Masyarakat kerana Masakannya yang memang sangat sedap dan suasana sekitarnya yang nyaman .

 

 

 

 

 

——–
©Copyright | The Melaka Kini | 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *