3 Bukit Best Untuk Hiking

Hari ni admin nak kongsikan 3 bukit best untuk dihiking.

Semua bukit-bukit best ini di sekitar Selangor.

Bukit Chenuang

Bukit Chenuang yang terletak di daerah Hulu Langat, Selangor merupakan destinasi yang wajib dikunjungi bagi hikers.

 Mengambil masa dalam 3-4 jam untuk sampai ke puncak kerana ketinggian Bukit Chenuang ialah 2788 kaki (840 meter) dari paras laut.

Wikiloc | Bukit Chenuang and Batu Kumbang (10 April 2021) Trail

Untuk masuk ke dalam Bukit Chenuang anda perlu memandu sepanjang 1.5 KM dari Sungai Congkak.

Di dalam Hutan Lipur Sungai Congkak ada kemudahan seperti tandas dan bilik, chalet, rest house dan gerai yang menjual pelbagai makanan.

Tak lupa juga, anda harus membayar permit masuk sebanyak RM 1.

Bukit Gasing

Bukit Gasing juga dikenali sebagai Hutan Pendidikan Bukit Gasing merupakan salah satu kawasan hutan yang masih kekal di tengah-tengah ibu kota.

Bukit Gasing ialah ladang getah namun kini telah menjadi tempat untuk rakyat tempatan dan pelancong untuk hiking. 

Bukit Gasing adalah kawasan yang terpelihara, oleh itu ia masih kaya dengan flora dan fauna.

What to do at Bukit Gasing Forest Park in Petaling Jaya, Selangor | The Star

Lagi best kalau anda pergi seawal pagi sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam.

Bolehlah anda berswafoto dengan pemandangan yang menakjubkan setelah penat mendaki.

Taman Tugu

Jika anda ingin lari dari kesibukan bandar Kuala Lumpur tetapi tidak ingin pergi jauh untuk menikmati kehijauan hutan, anda harus ke Taman Tugu.

Dibuka pada tahun 2018, laluan utama hutan ialah 1 km jadi jika pergi balik anda sudah berjalan 2 km.

Taman Tugu @ Kuala Lumpur - Mimi's Dining Room

Yang lebih menarik di sini, bahan binaan dibina daripada bahan kitar semula dan lebih 4000 pokok daripada 250 spesies ditanam untuk mengekalkan kelestarian flora.

Sepanjang perjalanan juga akan ada kemudahan seperti kerusi dan buaian untuk anda berehat.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *