Sejarah Melaka Pindah

Bagi anda orang Melaka, mesti anda tahu nama pekan ni.

Melaka Pindah.

Tapi bagi orang luar Melaka, kemungkinan besar, anda tidak pernah dengar.

Jangan risau, dalam artikel ini kami akan kongsikan sedikit info mengenai pekan unik ini.

Sejarah Melaka Pindah

Datuk Paduka Seri Maharajalela, seorang Pembesar Kerajaan Melayu Melaka.

Beliau telah berundur ke hulu sungai Melaka dengan pengikut-pengikutnya setelah negeri Melaka di serang.

Malangnya mereka telah dikalahkan oleh angkatan tentera Portugis pada bulan Julai 1511.

Setelah itu, Datok Paduka Seri Maharajalela inilah yang telah membuka Kampung Melaka Pindah dan beliau telah meninggal dunia pada bulan Julai 1521.

Maka disebabkan perpindahan ini kampung ini telah diberi nama Kampung Melaka Pindah.

Ini adalah sejarah yang kami dapat dari WIkipedia.

Dipercayai Datuk Seri Paduka Maharaja Lela adalah orang yang bertanggungjawab di dalam penerokaan Kmapung Melaka Pindah sekitar kurun ke-15.

Menurut sejarah lisan, beliau merupakan seorang pembesar ke-8 yang mengundurkan diri menyusuri Sungai Melaka bersama-sama dengan pengikutnya setelah dikalahkan oleh angkatan tentera Portugis.

Beliau yang dibantu oleh Panglima Datuk Paduka Tuan, Panglima Datuk Debor dan Panglima Datuk Si Kudong telah membuka dan menetap di kampung Melaka Pindah sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada bulan Julai 1511 dan disemadikan di kampung ini.

Okay sekadar itu sahaja perkongsian yang kami terima dari sumber-sumber.

Sumber

#TMK #BDM

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *