Zuriat Terakhir Sultan Perak Dan Keturunan Raja Melaka Di Sebelah Lelaki

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh seorang anak gahara dari Palembang yang bernama Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada asalnya, negeri Melaka bukanlah sebuah kerajaan agama Islam.

Namun hal tersebut telah berubah pada tahun 1409 apabila raja pemerintah iaitu Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai llantas agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.

Pada tahun 1526, kerajaan Melaka tumbang setelah diserang Portugis. Sultan Melaka pada waktu itu Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar, Sumatera.

Anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan negeri Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke 18 dan ke 19.

 

 

 

 

 

Seorang lagi anakanda Sultan Mahmud Shah iaitu Tengku Muzaffar Shah dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan lantas disitulah bermulanya Kesultanan Perak.

 

 

Berbalik kepada perceritaan asal, siapakah gerangan zuriat terakhir untuk Sultan Perak dan keturunan Raja Melaka di sebelah lelaki? Ianya tidak lain tidak bukan adalah Almarhum Sultan Sallehuddin (Sultan Perak ke 9).

Baginda Almarhum Sultan Sallehuddin (Sultan Perak ke 9) yang memerintah negeri Perak sejak tahun 1630 hingga tahun 1636 adalah putera kepada Almarhum Sultan Mahmud Shah I (Sultan Perak ke 8).

Hendak dijadikan cerita, sewaktu pemerintahan baginda negeri Perak telah diserang penyakit taun. Oleh yang demikian, baginda terpaksa melarikan diri ke Acheh.

 

 

Semasa di Acheh, khabarnya baginda tenat kerana telah diserang penyakit tahun tanpa disedari. Akhirnya, baginda Almarhum Sultan Sallehuddin (Sultan Perak ke 9) mangkat pada tahun 1636 di bumi Acheh.

Dengan mangkatnya baginda Almarhum Sultan Sallehuddin, maka terputuslah zuriat Sultan Perak dan keturunan Raja Melaka sebelah pihak lelaki.

 

 

Selepas kemangkatan Sultan Sallehuddin, Sultan Mudzaffar Shah II menjadi Sultan Perak ke 10 dan memerintah pada tahun 1636 hingga tahun 1653.

Baginda Sultan Mudzaffar Shah II adalah putera Raja Mahmud (Sultan Ahmad Shah II) ibni Raja Kasab @ Ali Al-Ajali dari Siak & Johor dan Tun Kechil, anak Tun Isap Misai, Bendahara Seri Maharaja Johor.

 

 

Sultan Mudzaffar Shah II dilantik oleh Sultan Kerajaaan Aceh Darussalam Sultan Iskandar Thani sebagai Sultan Perak yang mana pada ketika itu Negeri Perak berada dalam penaklukan Kerajaan Aceh.

 

 

#TMK

#Sejarah

 

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *