Iskandar Syah Pengasas Melaka-Bahagian 1

Iskandar Syah Pengasas Melaka-Bahagian 1

Iskandar Syah Pengasas Melaka-Bahagian 1 akan memberikan penerangan kepada anda semua tentang pengasas kerajaan yang gilang-gemilang suatu ketika dahulu.

Penulisan ini menggunakan pelbagai sumber yang ada. Mungkin terdapat beberapa perbezaan dengan apa yang anda ketahui sebelum ini.

Iskandar Syah

Nama Iskandar Syah merupakan satu nama yang agak asing bagi kita. Tetapi apabila disebut nama Parameswara maka kesemua kita pasti kenal. Tahukah anda Iskandar Syah dan Parameswara merupakan orang yang sama.

Baginda merupakan raja terakhir bagi Kerajaan Temasik. Temasik pada hari ini dikenali sebagai Singapura. Baginda kemudiannya melarikan diri ke muara Sungai Bertam, kerana Temasik diserang oleh kerajaan Majapahit.

Singapura

Parameswara memerintah dari tahun 1389 hingga 1398. Namun kerajaan Majapahit menyerang pada tahun 1398, dan Parameswara bertahan sehingga tahun 1402 dan melarikan diri.

Muara Sungai Bertam berkembang dengan pesat. Hal ini kerana ianya menjadi ibu kota kepada kerajaan baharu yang diasaskan oleh Iskandar Syah.

Ada juga catatan yang mengatakan bahawa Temasik diserang oleh pihak Siam juga.

Parameswara

Mengikut catatan-catatan sejarah yang didapati daripada Portugis, terdapat nama yang dicatatkan. Iaitu dengan ejaan Paramicura atau Parimicura. 

Parameswara mengikut ejaan kita berasal daripada bahasa sanskrit. Nama Parameswara juga merupakan nama lain bagi Dewa Siva.

Secara harfiah nama ini membawa maksud kepada ‘Penguasa Teragung’. Perkataan ‘parama’ memberikan makna agung. Manakala ‘Iswara’ hanyalah sebagai penegas.

Mengikut kajian yang lebih mendalam nama Parameswara tidak terdapat di dalam catatan Sejarah Melayu yang dahulu. Nama raja atau sultan terakhir Temasik dan pengasas kerajaan Melaka ialah Iskandar Syah.

Iskandar yang diambil dari bahasa Parsi membawa kepada seorang raja iaitu Iskandar yang agung atau ‘Alexander the Great’. Dan Syah ialah gelaran raja Parsi.

Parameswara dan Iskandar Syah dianggap sebagai orang yang sama kerana terdapat persamaan biografi antara kedua-dua mereka.

Ilustrasi wajah Parameswara atau Iskandar Syah

Bersambung….

Baca juga;

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *