Sukan Sepak Takraw tidak asing lagi dalam kalangan rakyat di negara kita.
Dari yang muda hingga yang sudah berusia, semuanya tertarik dengan permainan ini. Walaupun permainan ini telah lama wujud sejak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, ianya masih tetap dimainkan pada hari ini.
Pemain Legenda Rehan Mohamad Din
Malaysia dikejutkan pada hari ini dengan kematian salah seorang pemain legenda sepak takraw pada hari ini.
Pemergian ini merupakan satu kehilangan yang besar buat kita semua. Beliau meninggal pada usia 54 tahun.
Kehilangan ini juga turut meninggalkan kesan yang amat mendalam untuk skuad Sepak Takraw negara.
Beliau dikhabarkan menghembus nafas yang terakhir pada malam tadi.
Punca kematian dikatakan kerana beliau mengalami sesak nafas dan juga jangkitan kuman di paru-paru.
Jasa Almahrum Rehan Dalam Sukan Sepak Takraw
Beliau memegang posisi sebagai apit kanan atau ‘perejam’ ketika mewakili Malaysia sejak dari tahun 1987 hingga 1992.
Rehan juga pernah digandingkan dengan Nordin Sabarudin sebagai tekong dan juga Abd Malek Samsudin sebagai apit kiri atau pengumpan.
Rehan juga telah membantu skuad negara menyapu bersih dua pingat emas regu berpasukan dan antara regu Sukan Asia itu, kedua-duanya dengan menewaskan Thailand 2-1 dan 2-0 di Gimnasium Fengtai, Beijing, China.
Rehan juga pernah dikenali sebagai Raja Libas pada tahun 90-an.
Beliau juga pernah memperoleh Piala Raja Thailand pada tahun 1998.
Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Felda Air Tawar 3.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: