Gaji Isteri RM6 ribu rupanya…patutla

Assalamualaikum semua….berikut adalah penjelasan dari pihak JKM:-

Laporan Siasatan  Kes Aduan

Nama: Nur Qaseh Umairah bin Mohd Najib
Alamat : No 35, Jalan SD 3/13, Taman Seri Duyong 3, 75460 Melaka

Lawatan dan siasatan ke alamat telah dibuat pada 10 Mei 2019 oleh Timbalan Pengarah JKMN Melaka, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Pegawai Dun Duyong serta  En Farhan, SUJ Duyong dan wakil telah turut sama hadir dalam lawatan tersebut

1) Penama merupakan bapa kepada seorang anak OKU perempuan, berusia 5 tahun yang bergantung sepenuhmasa dengan (Oxygen Concentrator) bagi membantu pernafasan anaknya tersebut. Dan mesin tersebut perlu diselenggara setiap 3 bulan sekali dengan kos sebanyak RM300.00. Penama turut mempunyai seorang lagi anak perempuan yang berusia 2 tahun

2) Menurut penama, kini beliau hanya bekerja sambilan sebagai Penjual Sate dengan pendapatan bulanan yang tidak menentu dan bergantung kepada permintaan serta kesihatan anaknya. Manakala isterinya bekerja sebagai seorang Guru di SMK Ayer Molek dengan memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM6,031.77.

5) Sebelum ini penama pernah diluluskan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar mulai Jun 2016 sebanyak RM300.00 sebulan dan akan ditamatkan bantuan tersebut mulai bulan Jun 2019 kerana hasil semakkan semula bantuan dibuat mendapati bahawa pendapatan isi rumah keluarga ini telah melebihi had kelayakkan penerima bantuan pesakit terlantar iaitu RM3000 sebulan.

6) Penama telah dijelaskan berkenaan hal penamatan bantuannya ini adalah merujuk kepada Garis Panduan Permohonan Bantuan Kewangan Persekutuan berkuatkuasa pada Julai 2018 dan memahaminya.

7) Penama turut mengakui menerima Bantuan dari pihak MAIM bagi menanggung kos rawatan perubatan anaknya sebanyak RM350.00 sebulan.

9) Menurut penama lagi, masalah yang menjadi bebanan dan tekanan utama kepada penama dan isterinya kini adalah kerana permohonan susu dan penyelenggaraan tabung oksigen keperluan anaknya yang ingin dipohon melalui Kementerian Pendidikan di mana  tempat isterinya bekerja tidak dapat dibuat kerana maklumat yang diperolehi dari pihak pengurusan sekolah tiada peruntukkan ketika itu.

Tindakan Yang Telah Dibuat

1) Pengadu telah diberi bantuan kewangan Tabung Bantuan Segera (TBS) sebanyak RM300.00 bagi meringankan beban sementara penama.

3) Pihak keluarga juga dalam proses untuk membuat permohonan pendaftaran OKU bagi anaknya ini. Dan penama telah dimaklumkan jika anaknya layak didaftarkan sebagai OKU, anaknya ini boleh mendapatkan pemulihan dan terapi yang bersesuaian di Pertubuhan Pusat Dalam Komuniti setempat serta layak diberikan elaun.

2) Hasil dari perbincangan bersama, SU Japerun Duyong, En Mohd Farhan akan ke SMK Ayer Molek bagi berbincang dengan pengetua sekolah bagi kemudahan permohonan bantuan penjawat awam mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 21 Tahun 2009 ( Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan) yang layak dipohon oleh keluarga ini.

Sekian, terima kasih.

Penyelaras Unit Kebajikan Produktif
PKMD Melaka Tengah

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *