3 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu

Negeri Terengganu, bukan sahaja kaya dengan budaya, tapi juga dengan pelbagai jenis hidangan yang tersendiri.

Dalam artikel kali ini, admin akan menyenaraikan 3 tempat makan menarik di Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya yang wajib anda singgah semasa berada di sini nanti.

Warung Pok Nong

Bila sampai di Terengganu, tak sah rasanya kalau tak singgah makan ikan celup tepung (ICT).

Kalau lalu di sekitar pantai Terengganu memang tak susah nak jumpa kedai yang jual hidangan ini.

Betapa sedapnya kerangupan makanan laut yang diselaputi tepung dan juga sosnya, sampaikan ia turut dilawati orang-orang kenamaan.

6 Tempat Makan Wajib Untuk Anda Cuba Di Terengganu

Ikan yang digunakan juga sungguh segar, jelas terasa kemanisan isinya.

Untuk membasahkan tekak, warung ini turut menjual menu seperti ais jagung, air kelapa muda dan juga ais kacang.

Memang asyik untuk dinikmati sambil-sambil melihat keindahan pantai.

Yogulp Cafe

Bagi anda yang mencari alternatif sihat untuk dessert kegemaran ramai, aiskrim, boleh cuba frozen yoghurt.

Dekat Kuala Terengganu ni, ada satu jenama frozen yoghurt yang sudah mencuri hati penduduk setempat.

Memperkenalkan, Yogulp Cafe. Dengan tema warna ungu dan kuning, keceriaan memang terserlah. Dari jauh anda boleh nampak dah Yogulp Cafe ni.

Yogulp Cafe (Kuala Nerus) - Xpresszoom - Global Online Business Network

Di Kuala Terengganu ada 3 cawangan dah.

Jenama tempatan ini memang hebat. Dahla frozen yoghurt dia sedap, mereka sediakan pulak pilihan topping dan sos yang banyak, pilihlah sesuka hati anda.

KBB Burger & Steak

Membawakan makanan western yang istimewa ialah sebuah restoran di Kuala Terengganu iaitu KBB Burger & Steak.

Restoran ini memang cukup terkenal kerana penggayaan dan rekaan kedai yang nampak eksklusif, cool dan maskulin.

KBB Burger & Steak - Xpresszoom - Global Online Business Network

Berteraskan daging lembu, menu di sini mempelbagai daging lembu dan potongan-potongannya dalam pelbagai masakan.

Mereka sangat popular dengan daging wagyu yang cukup lazat.

Anda juga perlu mencuba beef ribs, beef burger dan yang paling istimewa, butter aged tomahawk.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *