JONG DAN MENDAM BERAHI

Peradaban maritim merujuk bandar pelabuhan utama yang terletak di lokasi strategik di persimpangan jalan perdagangan laut antara dunia Barat dengan dunia Timur. Tidak seperti peradaban lain di dunia, peradaban Melayu merupakan satu-satunya peradaban maritim.

Kerajaan maritim Melayu yang utama dalam sejarahnya, antaranya termasuklah kerajaan Kun-lun, Srivijaya, Melaka, Majapahit, Champa, Banten, Demak, Patani, Makassar, Brunei, Banjar, Sulu, dan Ternate.

 

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan dalam tulisan beliau yang bertajuk “Bahasa Melayu yang menjadi Teras Peradaban Melayu Maritim”, menyatakan bahawa “Wilayah samudera yang diduduki oleh manusia Melayu sebenarnya adalah sangat luas, seluas Lautan Teduh (Pasifik) dan Lutan Hindia. Manusia yang menuturkan bahasa Melayu dan bahasa yang sekerabat dengannya terbesar dari Pulau Krismas di Timur hingga ke Pulau Madagaskar di Barat; daripada perkataan waikiki yang bermaksud ‘tepian air’ di Hawaii, kepada antananarivoo yang bermakna ‘tanah seribu’ di Madagaskar”.

Dalam kerajaan maritim Melayu silam, kapal merupakan aset terpenting yang menjadi lambang kekuatan dan kemegahan. Kapal merupakan armada yang bukan sahaja merujuk kapal perdagangan tetapi juga kapal terbang.

Sebagai sebuah kerajaan maritim utama Melayu silam, Melaka menjadi bandar pelabuhan tersibuk dan paling berpengaruh di dunia pada pertengahan abad ke-15. Dalam teks Suma Oriental of Tome Pires, diperihalkan tentang 84 jenis bahasa pertuturan di pasar Melaka.

Pada zaman kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 pula, muncul Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique de Malacca, seorang pemuda berketurunan Melayu, yang dibeli di pasar Melaka oleh Ferdinand Magellan. Panglima Awang turut menyertai misi pelayaran Magellan menggelilingi dunia (1519-1522).

Ritah Yahaya

 

SUMBER

 

#TMK

#Sejarah

 

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

 

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *