Pulau Besar Melaka, Tumpuan Golongan Syirik Terbesar Di Malaysia

Sekarang ni sudah semakin banyak drama dan filem-filem yang mengajak umat Islam agar lebih dekat dengan Pencipta yang Maha Esa. Dan yang terbaru, filem Munafik 2 boleh dianggap sebagai filem dakwah berbanding seram.

Dengan mengetengahkan isu golongan kufur dan syirik, orang ramai mula insaf. Namun percayakah anda sekiranya terdapat satu tempat di Malaysia ini yang menyerupai keadaan yang ditonjolkan dalam filem Munafik 2? Memang ada dan nama tempat ini adalah Pulau Besar, Melaka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Adzren, telah meluahkan rasa kesalnya terhadap perbuatan golongan syirik ini. Menurut beliau keadaan sebegini sudah lama berlaku dan aktiviti pemujaan dan penyembahan kubur dikatakan sudah menjadi satu kebiasaan di kawasan ini.

Menurut Adzren, setibanya orang di Pulau Besar, mereka akan ternampak van-van usung seolah-olah terbiar. Namun tujuan sebenar van ini adalah untuk membawa orang bertandang ke kubur-kubur yang dikatakan sebagai ‘keramat’ bagi tujuan pemujaan.

Malah terdapat beberapa orang yang ‘berzikir’ secara terbuka tanpa menghiraukan orang ramai. Perkara sebegini secara tidak lansung telah memberi nama buruk ke atas Pulau Besar lebih-lebih lagi kepada golongan pelancong luar negara.

Respons Majlis Bandaraya Melaka
Risau dengan pandangan orang luar, Adzren mempersoalkan perbuatan khurafat ini kepada majlis bandaran. Akan tetapi respon yang diterima sangat menyedihkan.

Kami dah letak papan tanda dilarang melakukan aktiviti khurafat

Adzren sangat kecewa dengan jawapan itu, apalah sangat yang mampu dilakukan oleh papan tanda tu. Bukannya boleh mengambil gambar atau merakam video golongan-golongan yang khurafat ini.

Insaflah wahai manusia
Kepada orang Melaka, pergilah menyuarakan pandangan anda kepada pihak yang sepatutnya. Janganlah mengundang murka Allah di bumi Malaysia ini. Perbuatan ini sudah terang-terangan salah dan bertentangan dengan agama Islam. Semoga Pulau Besar kembali cantik dan bebas dari perbuatan terkutuk sebegini.

Via – Taiko fun Cham ais

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *