Kapal kedua terbesar dunia bakal berlabuh di KLIP

Jika menjadi realiti, Melaka bakal catat satu lagi sejarah bermakna buat negara..

KUALA LINGGI 3 Julai – Kapal kedua terbesar di dunia bakal berlabuh di Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) sekali gus mampu melakar sejarah baharu di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif T.A.G. Marine, Datuk Wira Noor Mustafa Kamal Yahya, kapal yang dikenali sebagai Pengangkut Minyak Mentah Ultra Besar (ULCC) merupakan antara kapal yang bakal berlabuh di lokasi projek mega yang dibangunkan tidak lama lagi.

 

Menurutnya, melalui perjanjian yang ditandatangani syarikatnya bersama delegasi Belgium itu bersetuju bagi membawa masuk kapal gergasi itu ke pelabuhan antarabangsa berkenaan.

“Pembinaan KLIP yang akan dibina nanti akan dikenali di perairan dunia sebagai sebuah hab besar bagi industri pembekalan minyak bersulfur rendah malah kapal ULCC itu juga akan membawa minyak tersebut bagi berlabuh ke pelabuhan itu.

 

“Industri ini juga akan dijadikan sumber bekalan kepada ratusan kapal pedagang yang lalu di Selat Melaka.

“Apa yang lebih menarik, melalui Undang-Undang Perkapalan yang ditetapkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan mulai 1 Januari 2020 kesemua kapal perairan dunia dikehendaki menggunakan minyak bersulfur rendah.

 

“Jadi, Melaka merupakan penaung utama dalam industri itu bagi membekalkan sumber baham bakar kepada kapal-kapal di dunia ini.

“Penggunaan minyak bersulfur rendah pada kapal ini bagi menekankan konsep mesra alam sekitar dan mampu mengelakkan pencemaran sekali gus mampu menyelamatkan kehidupan laut.

 

“KLIP yang dijadikan hub bagi industri minyak ini merupakan peluang besar negeri ini dalam menjana pendapatan sekali gus memberi menfaat kepada rakyat termasuk menawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan.

 

“Malah KLIP juga bakal bergelar sebagai pembekal perkhidmatan di dalam arena antarabangsa dan menggunakan pelbagai kebolehan dan kepakaran yang ada di dalam industri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kumpulan Syarikat T.A.G. serta warge kerja KLIP di Jeti Pelabuhan Kuala Linggi, di sini baru-baru ini.

 

Program dihadiri kira-kira 300 tetamu itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr, Mohd Khalil Yaakob.

Pada masa sama, beliau berkata, KLIP yang bakal dibina tidak lama lagi bakal membangunkan kembali kegemilangan Melaka yang dikenali sebagai negeri pelabuhan berabad yang lalu.

 

Katanya, ianya juga mampu membawa kepada limpahan ekonomi malah industri itu juga akan dilaksanakan dahulu secara awal sebelum negara maju lain seperti Singapura.

“KLIP bakal membawa ‘the glory of bygone Melaka’ yang menempa sejarah dunia ke arah indusrti pelabuhan tersohor yang dikenali tidak lama lagi,” katanya.

 

Sumber: MelakaKini

 

#BDM

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *