Gambar Rare Pelabuhan Melaka

Melaka terletak di tempat pertemuan semulajadi angin monsun dan dengan demikian dapat menjadi tempat persinggahan yang sangat dikehendaki oleh saudagar dari Cina dan India.

Menurut Barbosa, Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang paling kaya di dunia.

Tambahan pula dengan jumlah pedagang yang melakukan kontrak dagangan borongan meliputi jumlah yang sangat besar.

Jumlah kapal dan grafik perdagangan adalah melimpah-limpah yang kesemuanya tidak dapat diperolehi di mana-mana pelabuhan di seluruh dunia.

Menurut Varthema, jumlah kapal yang dating ke Melaka merupakan jumlah terbesar jika dibandingkan dengan jumlah kapal yang dating ke pelabuhan lain di dunia.

Pandangan yang paling menarik adalah pandangan dari Tome Pires, yang mengatakan bahawa siapa sahaja yang menjadi tuan di Melaka maka tangannya terletak di leher Venise.

Menurutnya lagi, tidak kurang dari 50 bangsa dan suku kaum yang berkunjung dan berdagang di Melaka di samping itu di pelabuhan Melaka juga dikatakan terdapat sebanyak 84 bahasa dipertuturkan dan setiap satu daripadanya adalah berbeza.

Selain itu, pelabuhan di Melaka mempunyai kemudahan-kemudahan yang elok dan juga kerana keselamatan yang terjamin untuk setiap saudagar yang melawatinya.

Contohnya kemudahan tempat tinggal dan makanan serta bekalan air yang mencukupi.

Kemudahan pergudangan juga melindungi barang dagangan dari kebakaran, kecurian dan kecurian turut disediakan kepada pedagang.

Keselamatan dan kebajikan pedagang turut dijaga ketika berlabuh oleh pegawai kerajaan Melaka seperti Syah Bandar.

Wujud empat orang Syah Bandar yang mengawal keselamatan pedagang iaitu Syah Bandar yang menguruskan pedagang dari Gujerat, pedagang dari barat, pedagang dari timur dan mengawal pedagang dari kepulauan melayu.

 

Di bawah ini, kami kongsikan gambar-gambar kesibukan Pelabuhan Sungai Melaka sekitar tahun 80-an dan sebelumnya.

 

#TMK #BDM

 

 

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *