Hari ini admin akan kongsikan dengan anda semua 3 tempat dalam Malaysia yang menarik untuk korang semua boleh bercuti.
Rumah Kebun Semungkis
Rumah Kebun adalah rumah percutian yang terletak di Kampung Semungkis, Hulu Langat.
Tidak hanya menjanjikan suasana luar yang sempurna untuk ketenangan jiwa, villa penginapannya juga sungguh mengujakan.
Mengetengahkan konsep kedesaan dan minimal, atmosfera ini menambahkan lagi kedamaian penginapan.
Yang menariknya lagi, pihak Rumah Kebun menyediakan dapur yang berkonsep terbuka.
Fasiliti lain yang disediakan adalah ruang makan outdoor, bbq pit, dan kolam renang yang diairi oleh air sungai yang mengalir segar iaitu Sungai Semungkis.
The Waterway Villa
Sebuah penginapan yang dikelilingi oleh kehijauan bukit-bukau hutan hujan Bentong, The Waterway Villa menawarkan penginapan penuh privasi di dalam villa indah.
Ia juga menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan hidangan makanan yang menyelerakan.
Antara aktiviti yang boleh dirancang adalah seperti river tubing, jungle trekking, bermandi-manda sambil berseronok dengan gelongsor air, menaiki ATV, paintball.
Dah puas beraktiviti, anda boleh singgah ke kebun durian untuk menikmati durian Musang King dalam harga borong.
Casa Tanjung Jara
Casa Tanjung Jara adalah sebuah penginapan tepi pantai yang luas, cukup sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga besar atau untuk membuat reunion.
Lokasinya yang terletak berhadapan dengan kawasan pantai.
Bunyi ombak dapat didengari setiap kali terjaga dari tidur menjadikan penginapan ini pilihan yang tepat untuk anda yang ingin mendapatkan ketenangan jiwa.
Mengenai penginapan yang ditawarkan, anda boleh memilih sama ada untuk menginap di villa 3 bilik yang memiliki dapur serta halaman berkolam renang, atau lodge dengan 8 buah bilik yang lengkap dengan surau dan ruang makan.