Siapa tak kenal sebuah perkampungan yang dikelilingi lautan indah di Pantai Timur Malaysia iaitu Cherating.
Bukan hanya kawasan pantainya yang menarik perhatian pelancong, malahan banyak lagi tarikan menarik yang lain seperti mencanting batik dan lain-lain lagi.
Cukup sekali pakej yang ditawarkan Cherating ini.
Mungkin anda dah tak sabar untuk merasai pengalaman bercuti ke Cherating, tapi sebelum bercuti ke mana-mana, seperti biasa, kenalah buat kajian dulu mana nak menginapkan?
Suria Cherating Beach Resort
Di tepian Laut China Selatan, terletaknya sebuah resort yang memberikan ketenangan jiwa, Suria Cherating Beach Resort.
Resort ini menawarkan bilik-bilik dengan pemandangan laut ataupun taman, yang mana yang menjadi pilihan anda?
Antara kemudahan yang disediakan resort ini yang dapat dinikmati dengan bayaran bawah daripada RM200 adalah kolam renang, tempat bermain netball, dan banyak lagi aktiviti pantai yang lain.
Tanjung Inn
Ingin menikmati keseronokan walau dalam harga bajet?
Kepuasan sebenar dapat anda rasai sekiranya menginap di Tanjung Inn.
Anda boleh memilih daripada 34 buah chalet dan juga 21 buah khemah selesa yang ada untuk dijadikan penginapan sepanjang percutian.
Bukan khemah biasa, kerana setiap khemah ini padat dengan keselesaan seperti di hotel biasa iaitu tilam bertaraf 5 bintang, kipas, plug, lampu bacaan, almari dan paip kecil.
Daripada khemah ini juga anda dapat menikmati pemandangan kolam.
Maznah Guest House
Nikmati penginapan dalam suasana kampung di Maznah Guest House.
Dikelilingi oleh pokok kelapa dan kehijauan flora, suasana di sekitar rumah chalet ini cukup mendamaikan jiwa.
Bilik yang ditawarkan juga lengkap dengan ruang balkoni di mana anda boleh berehat untuk menikmati udara luar bila tiba waktu petang sambil menikmati secawan teh panas.
Untuk pengetahuan anda, anda boleh mendapatkan minuman kopi dan teh secara percuma pada bila-bila masa.
Water dispenser turut disediakan di ruang makan