Hari ini admin nak kongsi dengan korang semua berkenaan 3 destinasi air terjun di Malaysia.
Sejujurnya terdapat banyak air terjun yang cantik dan menarik.
Sangat seronok jika anda memilih salah satu dari lokasi air terjun ini untuk berkelah dengan keluarga tersayang.
Air Terjun Sungai Chiling
Walaupun Selangor sebuah negeri maju yang berteraskan perindustrian.
Namun masih banyak lagi lokasi air terjun yang menarik di negeri ini yang masih terpelihara kejernihan airnya.
Sungai Chiling terletak di Kuala Kubu Baru.
Sungai Chiling merupakan salah satu air terjun yang menarik di Malaysia.
Selain dari berkelah anda tentu seronok memberi makan ikan di Santuari Sungai Ikan Chiling.
Namun anda tidak dibenarkan membuat aktiviti BBQ di sini.
Air Terjun Ulu Geruntum
Air terjun Ulu Geruntum terletak di daerah Gopeng, Perak.
Anda perlu melintasi Gaharu TeaValley dan akhirnya anda akan sampai ke destinasi air terjun yang menarik ini.
Aktiviti lasak seperti waterfall abseiling sangat menyeronokkan dan memberi satu pengalaman yang luar biasa.
Di sini ada tempat yang anda perlu bayar sebanyak RM 3, seperti masuk ke dalam taman tema air.
Namun, ada juga tempat yang percuma sahaja, anda boleh masuk tanpa perlu membayar apa-apa.
Tempat berbayar terjaga baik dan selamat manakala tempat percuma agak bahaya kerana air yang terlalu deras.
Air Terjun Lata Kinjang
Jika anda melalui lebuhraya utara selatan antara Tapah dan Kampar.
Pasti anda dapat melihat sebuah air terjun yang sangat tinggi di celah-celah hutan belantara.
Air terjun ini adalah yang paling tinggi di Malaysia.
Menariknya di sini terdapat spesis rama-rama Raja Brooke yang sangat cantik.
Ini adalah air terjun Lata Kinjang terletak berhampiran dengan pekan Cenderiang.
Anda perlu keluar di plaza tol Tapah dan menghala Kampar, mengambil simpang kanan untuk ke pekan Cenderiang.